Xi: Membina Bersama Komuniti Berkongsi Nasib Asia Pasifik

2021-11-11 15:21:28  CRI
Share with:

Xi: Membina Bersama Komuniti Berkongsi Nasib Asia Pasifik_fororder_1128052475_16365758511331n

Rantau Asia Pasifik disarankan memikul tanggungjawab sezaman,  memainkan peranan peneraju dalam usaha membina komuniti berkongsi nasib rantau Asia Pasifik.

Demikian dinyatakan oleh Presiden China, Xi Jinping ketika menyampaikan ucaptama secara maya atas undangan dalam Sidang Kemuncak Pemimpin Industri dan Perniagaan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik(APEC)  di Beijing pagi tadi.

Dalam ucapannya yang bertajuk "Berpegang kepada konsep pembangunan mampan, membina bersama Komuniti Berkongsi Nasib Asia Pasifik", Presiden Xi berkata,  semua negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19 dan pemulihan ekonomi  global menghadapi kesukaran besar pada masa ini.

Sehubungan dengan itu, beliau menyarankan negara-negara di rantau Asia Pasifik berusaha sedaya upaya membendung wabak, mengutamakan kepentingan dan nyawa rakyat, selain menyemarakan semangat saintifik untuk memenangi perjuangan menentang wabak.

Xi juga menyatakan, pelbagai negara perlu berpegang kepada dasar keterbukaan dan kerjasama untuk menggalakkan kebebasan perdagangan dan pelaburan, memelihara rantaian industri dan bekalan yang lancar dan stabil bagi menggalakkan pemulihan ekonomi.

Negara-negara terbabit juga disarankan memacu transformasi hijau.

"Berpegang kepada prinsip setiap negara mempunyai tugas yang berbeza tanggungjawab tetap sama, melaksanakan Perjanjian Paris dan hasil yang dibuahkan dalam Persidangan ke-15 Pihak-pihak (COP15) Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) serta menempuh jalan pembangunan hijau, rendah karbon dan lestari.

"Di samping itu, mengutamakan kepentingan rakyat, menyeleraskan pertumbuhan ekonomi dengan usaha menjamin kehidupan penduduk awam serta penjimatan tenaga dan pengurangan pelepasan gas rumah hijau. 

"Memperkasakan inovasi, terutamanya dalam bidang sains dan teknologi serta sistem. Meningkatkan kordinasi pelbagai anggota bagi mewujudkan suasana terbuka, adil dan tanpa diskriminasi dalam bidang tersebut,"kata Presiden Xi.

Pertumbuhan ekonomi China selari dengan proses kerjasama rantau Asia Pasifik.

"China komited berpegang kepada dasar pembaharuan dan pintu terbuka untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi Asia Pasifik,”tambah beliau.

胡星