China Dorong Kemajuan di Rantau Asia-Pasifik

2021-11-12 15:23:14  CRI
Share with:

China Dorong Kemajuan di Rantau Asia-Pasifik_fororder_微信图片_20211112152034

"Walau apa perubahan berlaku di dunia, kelebihan ekonomi Asia-Pasifik  yang berdaya tahan dan bermomentum kuat  tidak akan berubah","Rantau Asia-Pasifik perlu menuju dan mara ke depan, " kata Presiden China, Xi Jinping ketika menyampaikan ucaptama dalam Sidang Kemuncak Pemimpin Industri dan Perniagaan  Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Khamis lalu.

Sejak 2013, Presiden Xi kerap kali menyampaikan ucaptama dalam sidang tersebut dan memberikan cadangan yang bijak untuk pembangunan APEC.

Sempena beliau menyampaikan ucaptama pada sidang edisi ini, pembangunan di Asia-Pasifik sedang menghadapi beberapa peluang dan cabaran baharu. Pertama, ekonomi rantau ini menyaksikan pemulihan dengan terlebih dahulu berbanding dengan rantau lain setelah mengalami impak negatif pandemik COVID-19. Kedua, Amerika Syarikat (AS) mengamalkan politik blok seperti“Mekanisme kuadrilateral” dan “Perkongsian Keselamatan Trilateral AUKUS” di rantau ini berasaskan kepada fahaman Perang Dingin dan keperluan memelihara hegemonismenya. Ini membawa ancaman bagi keselamatan, kestabilan, pembangunan dan kerjasama di rantau ini.

China Dorong Kemajuan di Rantau Asia-Pasifik_fororder_微信图片_20211112152042

“Tindakan mewujudkan batas dengan ideologi dan melibatkan diri dalam blok geopolitik kecil tidak akan berjaya. Rantau Asia-Pasifik tidak patut dan tidak boleh kembali ke status bertentangan dan perpecahan ketika zaman Perang Dingin.” Presiden Xi  memberi pandangan yang jelas dalam ucaptama kali ini.

Beliau turut menyeru pelbagai pihak terus komited membina Komuniti Berkongsi Nasib Asia Pasifik dengan langkah-langkah membendung penularan wabak,  berpegang kepada keterbukaan dan kerjasama, mendorong transformasi hijau serta menggalakkan inovasi. Empat inisiatif tersebut menggariskan hala tuju bagi usaha memelihara order yang diperlukan sebenarnya di rantau ini.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-30 keanggotaan China dalam APEC. Dalam tiga dekad lalu, China memperkasakan keterbukaan dan berkembang dari peserta kepada peneraju dan penggalak pembangunan APEC.

徐国玮