Demokrasi Bukanlah Perhiasan

2021-11-13 16:45:25  CRI
Share with:

Demokrasi bukanlah perhiasan, tetapi perlu digunakan untuk menyelesaikan masalah dan memenuhi permintaan rakyat.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pejabat Pengajian Dasar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China(PKC), Jiang Jinquan dalam sidang akhbar Sidang pleno ke-6 Jawatankuasa Pusat PKC yang diadakan pada Jumaat lalu.

Jiang menyatakan, domokrasi merupakan nilai bersama umat manusia dan konsep penting yang sentiasa diamalkan oleh PKC dan rakyat China.

"Makna asal demokrasi ialah 'rakyat berperanan sebagai tuan rumah negara'. Corak domokrasi tidak sama di semua negara, begitu juga di kalangan negara-negara barat. Tindakan menilai sistem politik di semua negara dengan piawaian yang sama tidak selaras dengan semangat  demokrasi.

“Rakyat China penuh keyakinan terhadap sistem politik sendiri kerana  demokrasi yang diamalkan di negara ini selaras dengan semangat demokrasi dan dialu-alukan oleh rakyat,” kata Jiang Jinquan.

胡星