PKC Tidak Akan Amal Dasar Hegemoni

2021-11-13 15:26:27  CRI
Share with:

PKC Tidak Akan Amal Dasar Hegemoni_fororder_1607764032

Jumlah perdagangan dua hala antara China dengan negera-negara yang terlibat inisiatif Jalur-Laluan(BRI) melebihi USD9.2 trilion(RM 38.3 trilion) setakat tahun 2020. Dalam pada itu, pelaburan China kepada negara-negara yang terlibat BRI merekodkan USD140 bilion(RM582.96 bilion).

Walau bagaimanapun, kemajuan yang dicapai dalam pembinaan BRI ini menimbulkan kecurigaan negara Barat yang memegang mentaliti Perang Dingin. Mereka mempersoalkan China "mengamalkan dasar hegemoni di rantau ini". Pandangan ini sudah tentu tidak munasabah.

Kalau mahu memahami inisiatif BRI, mestilah memahami pandangan dunia Parti Komunis China (PKC) terlebih dahulu.

Komunike Sidang Pleno Keenam Jawatankuasa Pusat ke-19 PKC yang dikeluarkan pada Khamis lalu memperlihatkan pendirian yang konsisten PKC dalam sepuluh aspek sebagai reaksi terhadap soalan yang ditanya dan dibimbangkan oleh tokoh-tokoh antarabangsa iaitu apakah rahsia kejayaan PKC.

Antaranya, "berpegang kepada melepaskan pandangan ke seluruh dunia" bukan sahaja salah satu pengalaman penting PKC, tetapi juga menyerlahkan pandangan dunia parti ini .

Sejak penubuhan Republik Rakyat China, negara ini tidak pernah mencetuskan apa pun perang atau konflik bersenjata dengan negara lain, dan tidak pernah mencerobohi sebarang negara.

Sebaliknya, China telah menghantar lebih 50,000 anggota pasukan pengaman untuk menyertai hampir 30 misi pengaman PBB, menjadikannya negara yang menghantar paling banyak pasukan pengaman berbanding dengan anggota tetap Majlis Keselamatan PBB lain.

China menggalakkan proses rundingan damai dalam isu nukelan Iran dan isu Afghanistan, selain memainkan peranan yang membina dalam usaha mengekalkan keamanan dan ketenteraman antarabangsa dan serantau.

PKC juga memikul tanggungjawab sebuah parti pemerintah terbesar di dunia daripada segi memacu pembangunan bersama.

PKC telah memimpin rakyat China untuk membina masyarakat kaya sederhana, membasmi kemiskinan mutlak yang menyumbang lebih 70% kepada pembasmian kemiskinan dunia. Sumbangan ekonomi China kepada pertumbuhan ekonomi dunia pula menduduki tempat pertama di dunia selama 15 tahun berturut-turut. Di samping itu, konsep membina komuniti berkongsi nasib sesama insan anjuran Presiden Xi Jinping telah tercatat dalam banyak resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB). Ini antara sumbangan penting PKC demi menambahbaik tadbir urus global.

Dalam usaha membendung pandemik COVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia, China sedaya upaya memberikan bantuan kepada masyarakat antarabangsa.

Pada masa ini, China merupakan negara penyumbang vaksin terbanyak kepada negara lain. Setakat ini kebanyakan vaksin yang diperoleh oleh negara membangun adalah sumbangan dari China.

"Dunia yang baik akan memberi manfaat kepada China; dan China yang baik akan memberi lebih banyak sumbangan kepada dunia."

Bangsa China tidak ada gen dalam darah untuk menceroboh atau mendominasi negara lain. PKC tidak mengamalkan dasar hegemoni baik pada masa lalu, pada masa ini, mahu pun pada masa depan.

覃淼