"Rakyat Berperanan Sebagai Tuan Rumah Negara" Makna Asal bagi Demokrasi

2021-11-14 15:29:53  CRI
Share with:

"Demokrasi Barat terjerumus ke dalam kancah krisis." Akhbar Sepanyol "EL PAIS" menerbitkan rencana baru-baru ini yang menyatakan, walaupun warga negara Barat kekal mempunyai hak politik seperti mengundi, tetapi ini tidak dapat membolehkan mereka mempunyai kuasa untuk memberi pengharuh terhadap penggubalan dasar politik.

Analisis ini secara langsung mendedahkan "demokrasi pilihan raya" yang dijunjung negara Barat sebenarnya "permainan" golongan kaya, bukanlah demokrasi yang sebenar.

Komunike Sidang Pleno Keenam Jawatankuasa Pusat ke-19 Parti Komunis China(PKC) yang dikeluarkan pada Khamis lalu menegaskan,  China mengembangkan Demokrasi Rakyat Seluruh Proses dan menjamin rakyat berperanan sebagai tuan rumah negara.  Itulah makna asal demokrasi.

Demokrasi bukanlah perhiasan, tetapi perlu digunakan untuk menyelesaikan masalah dan memenuhi permintaan rakyat. Pandangan presiden China, Xi Jinping tersebut membantu masyarakat antarabangsa memahami politik demokrasi yang diamalkan di China.

Sama ada demokrasi diamalkan di sesebuah negara atau tidak, rakyat negara itu paling berlayak untuk memberi jawapan.

Menurut hasil tinjauan umum terkini yang diumumkan jabatan Amerika Syarikat(AS), kadar kepuasan rakyat China terhadap parti pemerintah dan kerajaan masing-masing mencatat 95 peratus dan 98 peratus.

Manakala menurut satu lagi hasil tinjauan umum dari Kumpulan Penyiaran AS (ABC) pada Oktober lalu, 57 peratus responden dari seluruh dunia dan 72 peratus dari AS berpendapat AS bukanlah contoh baik dalam bidang demokrasi.

Demokrasi bukan paten negara Barat dan setiap negara berhak untuk memilih jalan pembangunan demokrasi sendiri.

Jalan Demokrasi Rakyat Seluruh Proses yang diterajui PKC boleh dicontohi pelbagai negara membangun untuk mencari jalan pembangunan demokrasi yang selaras dengan keadaan sebenar negara sendiri.

胡星