COP26 Capai Hasil Memberangsangkan

2021-11-15 12:46:41  CRI
Share with:

Persidangan perubahan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencapai satu perjanjian baharu bagi menangani krisis iklim pada Sabtu.

Perunding bersetuju untuk mengurangkan penggunaan bahan api fosil seperti batu arang, sementara menepati matlamat digariskan dalam Perjanjian Paris iaitu mengehadkan peningkatan suhu dunia di bawah 1.5 darjah Celsius.

China turut memuji hasil sesi ke-26 Persidangan Pihak-Pihak Pemeterai (COP26) Konvensyen Kerangka Kerja Perubahan Iklim PBB sebagai amat memberangsangkan.

Ia disifatkan meletakkan asas baik untuk pelaksanaan Perjanjian Paris, sekali gus memulakan perjalanan baharu untuk mengatasi perubahan iklim global.

Antara kemajuan positif lain yang tercapai termasuk penyesuaian diri dengan perubahan iklim serta pembiayaan yang turut diberi perhatian negara-negara membangun.

China berharap pihak-pihak terbabit dapat menunaikan janji dan mengambil tindakan praktikal ke arah menggalakkan tadbir urus iklim sejagat.

China akan terus terlibat dalam usaha tersebut dengan sikap proaktif dan konstruktif, di samping menyokong pembangunan hijau dan rendah karbon di negara-negara membangun menerusi mekanisme kerjasama Selatan-Selatan serta Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

 

周乔西