Bekas Presiden Serbia, Boris Tadic pernah menyatakan, cabaran yang dihadapi dunia Barat pada abad ke-21 menunjukkan bahawa pemodenan bukanlah pembaratan.
Ketika berucap pada Forum Pengajian China Sedunia ke-9 sebulan lalu, beliau berkata, China berjaya membuka mata dunia dengan konotasi baharu yang ditafsirnya terhadap pemodenan.
Dengan sifatnya tidak menjajakan kolonialisme, perang atau pun konflik, apa yang menjadi penentu kepada kejayaan jalan pemodenan bercirikan China? Dan apa yang dibawakannya kepada dunia?
Kenyataan sidang pleno ke-6 Jawatankuasa Pusat ke-19 Parti Komunis China (PKC) berbunyi, PKC memimpin rakyat sehingga berjaya menempuh jalan pemodenan bercirikan China. Ia menciptakan corak baharu tamadun manusia, malah memperluas pendekatan negara membangun ke arah modenisasi.
Jalan pemodenan yang ditempuh kuasa Barat pernah diangkat ahli teori menjadi satu-satunya acuan modenisasi. Namun, proses itu menyaksikan berlakunya penjajahan dan pencerobohan, malah wujudnya jurang antara kaya dan miskin serta perpecahan masyarakat pasca pemodenan.
Gerakan modenisasi di sesetengah negara Amerika Latin berlarutan selama lebih seabad. Walau bagaimanapun, negara berkenaan masih dilanda pergolakan dan kegawatan ekonomi.
Di samping itu, jalan pemodenan yang ditempuh negara-negara Afrika juga mengalami kesusahan.
Ramai yang menyedari bahawa pemodenan memang berlainan daripada pembaratan, dan negara yang ketinggalan dalam pembangunan memerlukan lebih banyak alternatif.
Sepanjang sepuluh dekad lalu, di bawah pimpinan PKC, rakyat China berjaya menemui jalan pemodenan yang sejajar dengan keadaan sebenar negara, dengan kesimpulan bahawa acuan lain tidak boleh langsung ditiru, sebalik harus memfokuskan kepada jalan sendiri yang berpaksikan rakyat.
Kejayaan China itu turut memberi peringatan kepada kuasa Barat yang asyik menjajakan sistem sendiri dan mencetuskan “revolusi warna”.
Modenisasi bukan suatu yang dimiliki negara minoriti, dan cubaan memaksa negara lain meniru model pembangunannya harus dielak. Perlu diingatkan pula, perampasan atas nama modenisasi serta pencabulan hak pembangunan yang sah negara lain, tidak patut berlaku lagi.