China Kongsi “Resipi” Kejayaan Ekonomi dengan Dunia

2021-11-15 16:52:54  CRI
Share with:

China Kongsi “Resipi” Kejayaan Ekonomi dengan Dunia_fororder_466289764

Selepas mengambil tempoh selama berbulan untuk berunding, akhirnya rang undang-undang (RUU) pelaburan infrastruktur Amerika Syarikat (AS) yang bernilai USD1.2 trilion diluluskan Kongres pada Jumaat lalu.

Walau bagaimanapun, 13 anggota Dewan Perwakilan dari Parti Republikan yang menyokong RUU tersebut, turut ditentang hebat oleh rakan-rakan separti atas alasan RUU tersebut bersifat “sosialisme”.

Dengan kata lain, mereka turut beranggapan bahawa pembinaan infrastruktur secara besar-besaran bagi merangsang perkembangan ekonomi adalah mirip dengan dasar yang telah dilaksanakan dan terbukti berjaya di China.

Dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Beijing pada Jumaat lalu, ada wartawan dari media Hong Kong bertanya “resipi” digunakan China untuk mengembangkan ekonomi dalam puluhan tahun kebelakang selain menjadikan negara ini entiti ekonomi kedua terbesar di dunia.

Jawapan oleh pegawai kanan kerajaan China adalah mengutamakan keperluan rakyat dan sentiasa mengembangkan konsep pembangunan mengikut perkembangan  semasa.

Untuk rekod, China juga pernah melalui jalan yang silap dalam pembangunan ekonomi dengan menetapkan sasaran yang kurang pragmatik, sekali gus mengundang kepada pelbagai masalah termasuk pencemaran.

Bagaimanapun, setelah menimba pengalaman dan kesilapan lampau, China tidak bertangguh dan terus memperbaiki jalan pembangunannya yang kini menyaksikan konsep pembangunan ekonomi untuk rakyat telah menjadi panduan utama.

“Gunung hijau dan air jernih bagaikan gunung emas dan perak”.

Pelaksanaan dasar pembaharuan dan keterbukaan merupakan penyumbang terbesar kepada pembangunan ekonomi China sepanjang lebih empat dekad lalu, selain turut menjadi dasar yang dikekalkan dan akan terus dikembangkan oleh China pada masa depan.

China juga akan menyatukan kitaran domestik dan antarabangsa secara aktif dan memperdalam penglibatannya dalam globalisasi ekonomi, serta merangsang kerjasama antarabangsa dan multilateral bagi menggalakkan pembaharuan dan pembangunan domestik.

Antara “resipi” lain yang menjayakan ekonomi China adalah menjadikan inovasi sebagai pemandu ekonomi, menggalakkan pembangunan sains dan teknologi secara berdikari, serta meningkatkan perlindungan terhadap harta intelek.

Sebagai contoh, sekatan negara Barat terhadap beberapa syarikat berteknologi tinggi China telah mencerminkan bahawa hegemoni sains dan teknologi merupakan kaedah baharu untuk mengawal situasi global yang mengakibatkan pelbagai negara membangun hanya berpeluang untuk menyediakan produk asas bagi memenuhi keperluan mereka.

Namun, bagi China, setiap syarikat dan negara berhak membangun. Setiap sekatan terhadap China telah merangsang China berusaha mewujudkan penerokaan dalam bidang tersebut dan mesin korek terowong (TBM) serta sistem navigasi Beidou adalah antara contohnya.

Bidang sains dan teknologi, iaitu bidang yang sepatutnya dikongsikan antara satu sama lain pula perlu dikembangkan secara berdiksri oleh setiap negara tatkala menghadapi tekanan hegemoni agar perdagangan produk sains dan teknologi baharu dapat dilaksanakan secara bebas dan adil.

Menyeimbangkan peranan kerajaan dalam pembangunan ekonomi selalu menjadi pengalaman penting China untuk mengawal kestabilan pasaran.

Dalam menghadapi krisis kewangan dunia, pelaburan infrastruktur gergasi dari kerajaan China telah membantu mendorong ekonomi di negara-negara berkaitan, sekali gus menyediakan lebuh raya, landasan kereta api dan jambatan di kawasan pergunungan yang turut merangsang pembangunan ekonomi tempatan.

Hakikatnya di Barat ketika ini, iaitu ketika menghadapi perubahan situasi dan pandemik yang tidak pernah dialami dalam tempoh seratus tahun lalu, mereka dilihat lebih berminat untuk “memperkasakan” peranan kerajaan di dalam pasaran.

Sebagai contoh, Boeing yang merupakan syarikat swasta dan dilarang beroperasi oleh pelbagai negara susulan berlakunya kemalangan 737MAX, kerajaan AS pula menekan negara-negara terlibat termasuk China untuk membenarkan Boeing kembali beroperasi seawal mungkin.

Berbeza dengan Huawei, iaitu syarikat swasta yang menerajui teknologi maju dalam bidang 5G, ia pula disekat daripada memasuki pasaran Barat oleh kerajaan AS atas alasan “keselamatan negara” yang sama sekali tidak berasas.

China memegang prinsip bahawa sekiranya peranan kerajaan dimainkan dengan betul, ia mampu mengawal kestabilan pembangunan ekonomi negara, manakala jika ia digunakan secara melampau pula, banyak kerjasama multilateral dan globalisasi ekonomi akan terjejas.

Sebenarnya, semua pengalaman ini bukan “resipi” yang pertama kali didedahkan oleh China dan ia adalah satu “open secret” yang boleh disaksikan sendiri oleh setiap individu di seluruh dunia sejak sekian lama.

Meskipun ia mungkin tidak bersesuaian dengan keadaan setiap negara, namun senyuman pastinya terukir pada wajah setiap rakyat China apabila pengalaman sedikit sebanyak membantu negara lain mengembangkan ekonomi sekaligus membawa faedah kepada penduduk tempatan.

张弘