Pertemuan Pemimpin China, AS Diharap Capai Hasil yang Bermanfaat

2021-11-15 20:02:01  CRI
Share with:

Pertemuan antara pemimpin China dan Amerika Syarikat (AS) diharap mencapai hasil yang bermanfaat kepada kedua-dua negara dan dunia, kata jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang media di Beijing hari ini.

Difahamkan, Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan pertemuan secara maya dengan rakan sejawatnya dari AS, Joe Biden pagi esok.

Zhao menyifatkan pertemuan itu sebagai peristiwa penting kepada hubungan China-AS, malah hubungan antarabangsa.

Menurut beliau, pemimpin kedua-dua negara akan bertukar-tukar pendapat secara mendalam tentang isu strategik berkaitan hubungan dua hala serta isu-isu yang menjadi perhatian bersama.  

张哲