Kenali Detik Penting Sejarah China Melalui Lukisan Episod 5

2021-11-16 11:15:25  CRI
Share with:

Xiong'an yang Progresif

Catan minyak yang bertajuk "Xiong'an yang Progresif" ini, dihasilkan pada tahun 2020, menggambarkan landskap pembangunan yang penuh tenaga di Kawasan Baharu Xiong'an China.

Catan minyak yang dilukis di tapak pembinaan ini mempunyai komposisi lukisan yang amat rapi dan teratur meskipun digambarkan amat luas.

Pelukisnya memilih persekitaran cahaya matahari sebelah pagi. Langit biru merupakan simbol kepada pemeliharaan ekologi hijau oleh jurubina. Pemandangan pembangunan telah digambarkan dengan mesin dan pekerja di tapak berkenaan.

Xiong'an di provinsi Hebei, terletak sejauh 100 kilometer dari selatan ibu negara Beijing, dan sejauh 100 kilometer dari bandar Tianjin.

Pada April 2017, di bawah rancangan Presiden China, Xi Jinping, ia dipilih untuk dibina sebagai kawasan baharu peringkat kebangsaan dan seterusnya digelar "rancangan kebangsaan pada milenium".

Selain kedudukannya yang menyelaraskan pembangunan bersama Beijing-Tianjin-Hebei, Xiong'an juga akan menjadi teladan pembangunan berkualiti tinggi domestik pada era baharu.

Ia juga memikul tanggungjawab dalam mencari pembangunan baharu setempat dan mewujudkan pertumbuhan pembangunan sosioekonomi, sekali gus membekalkan pengalaman yang boleh ditimba oleh kawasan lain.

Masa depan China dapat dilihat menerusi Xiong'an.

张宪