Baru awal bulan November dan masih musim luruh, salji pertama telah turun di Beijing. Mengikut ramalan cuaca, dengan pengaruh fenomena La Nina, suhu minimun pada musim sejuk tahun ini mungkin akan mencipta rekod baharu.
Meskipun begitu, kita perlu faham bahawa ia bukan bermakna pemanasan global akan berakhir.
La Nina atau El Nino, kedua-duanya merupakan fenomena yang terjadi ekoran perubahan iklim, yang turut mengakibatkan semakin banyak cuaca ekstrem di dunia, termasuk banjir teruk yang melanda Jerman dan China pada tahun ini.
Padahal, yang menghadapi ancaman paling mendesak adalah negara-negara kepulauan di Pasifik.
Sempena Persidangan Perubahan Iklim PBB (COP26) pada awal November, satu klip video telah ditayangkan. Dalam video itu, Menteri Luar Tuvalu, Simon Kofe menyampaikan ucapan dengan berdiri di dalam air laut, menyeru dunia bertindak segera untuk mengawal pemanasan global. Kalau tidak, negara itu akan ditenggelami seiring dengan peningkatan paras laut.
Lima tahun dibazrikan sejak Donald Trump menarik balik Amerika Syarikat (AS) daripada rundingan perubahan iklim. Bagaimanapun, butiran untuk menjayakan Perjanjian Paris dan mengawal kenaikan suhu global dalam 1.5 darjah Celsius akhirnya tercapai melalui rundingan selama 13 hari di Glasgow kali ini.
Tumpuan persidangan COP26 ini adalah apabila China dan AS mengeluarkan deklarasi bersama yang memaparkan komitmen masing-masing dalam kerjasama untuk memantapkan pelaksanaan Perjanjian Paris.
Ketika bertemu dengan Presiden Joe Biden secara maya pagi tadi, Presiden China Xi Jinping telah menegaskan mustahaknya untuk memelihara hubungan China-AS yang stabil dan mapan, kerana ia amat signifikan dalam menggalakkan pembangunan negara masing-masing, serta memelihara iklim antarabangsa yang aman dan stabil, termasuk menangani cabaran global seperti perubahan iklim dan pandemik COVID-19.
Prinsip setiap negara mempunyai objektif yang berbeza, namun tanggungjawab yang dipikul tetap sama dengan mempertimbangkan keadaan di negara masing-masing turut diperakui oleh pemimpin kedua-dua negara.
China sebagai negara membangun terbesar telah menetapkan sasaran yang mega iaitu mencapai puncak pelepasan karbon menjelang 2030 dan neutral karbon menjelang 2060.
Bagaimanapun bagi kebanyakan negera membangun, membangunkan ekonomi dan menjamin kehidupan rakyatnya masih merupakan misi utama negara-negara berkaitan.
Oleh itu, India mengemukakan cadangan penggubalan resolusi pada fasa akhir pembahasan resolusi COP26 yang mengubahkan “beransur-asnur menghapuskan penggunaan karbon” menjadi “beransur-ansur mengurangkan penggunaan karbon”.
Pandangan tersebut mendapat sokongan China dan AS.
Bagaimanapun, Presiden COP26 dari Britain, Alok Sharma menyatakan bahawa India dan China perlu memberikan penjelasan atas perubahan tersebut.
Jelaslah Alok Sharma berniat mengambinghitamkan India dan China dengan mendakwa kedua-dua negara ini “perlu memikul tanggungjawab atas pemanasan global”.
Pemanasan global bukanlah baru berlaku, ia menjadi mendesak sejak zaman pengindustrian Barat. Untuk menangani perubahan iklim global bukan sahaja bermaksud mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, malah juga melibatkan usaha menangani risiko yang sedia ada ekoran perubahan iklim, seperti cuaca ekstrem.
Ini umpama seseorang sudah makan sepuluh kuih hingga kenyang, tapi berfikir hanya kuih terakhir itu yang mengenyangkan dirinya.
Dari puncak pelepasan karbon hingga neutral karbon, Kesatuan Eropah menggunakan 71 tahun, AS menggunakan 43 tahun, tapi China berjanji mewujud proses itu dalam tempoh 30 tahun sahaja.
Selain itu, India pula berjanji mewujudkan neutral karbon menjelang tahun 2070. Janji yang gagah berani ini patut dipuji.
Sepatutnya, bukan cadangan India yang dijadikan isu. Yang perlu diberi tumpuan adalah mengenai dana sebanyak USD100 bilion setiap tahun yang dijanjikan oleh negara-negara maju untuk membantu negara-negara membangun mengurangkan pelepasan karbon itu masih belum dipenuhi, dan keperluan dana tersebut akan mencatat USD300 bilion setahun menjelang 2030.
Bantuan dana dan teknologi, inilah hutang yang perlu dibayar oleh negara maju, dan juga kunci untuk menjayakan sasaran Perjanjian Paris.