China Sokong Myanmar Cari Penyelesaian Politik Melalui Dialog

2021-11-17 13:29:12  CRI
Share with:

China menyokong usaha pihak-pihak terlibat di Myanmar mencari penyelesaian politik melalui dialog dan perundingan.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar Zhao Lijian dalam sesi taklimat pada Selasa, ketika mengulas lawatan utusan khas bagi urusan Asia, Sun Guoxiang ke Myanmar Isnin lalu.

Dalam lawatan tersebut, Sun bertemu dengan Perdana Menteri Myanmar, Min Aung Hlaing untuk bertukar-tukar pendapat mengenai pelaksanaan "konsensus lima perkara" serta hubungan Myanmar-ASEAN dan hubungan China-ASEAN.

Zhao berkata, China akan bersama-sama komuniti antarabangsa memainkan peranan konstruktif dalam membantu Myanmar memulihkan kestabilan masyarakat dan menyambung proses transformasi demokratik.

Beliau turut menyampaikan penghargaan atas peranan Myanmar selaku penyelaras hubungan China-ASEAN, yang menggalakkan kerjasama kedua-dua pihak dalam pelbagai bidang.

Tambah beliau lagi, sinergi akan dibentuk dengan  Myanmar untuk terus membawa kemajuan dalam hubungan China-ASEAN.

梁靓