Pertemuan Xi, Biden Beri Isyarat Positif

2021-11-17 13:06:16  CRI
Share with:

Antara perkara terpenting dalam konteks perhubungan antarabangsa dalam 50 tahun akan datang adalah China dan Amerika Syarikat (AS) perlu menemui adab pergaulan yang cocok antara satu sama lain.

Inilah huraian dibuat Presiden Xi Jinping ketika berlangsungnya pertemuan maya bersama rakan sejawatnya dari AS, Joe Biden, yang turut mencuri perhatian dunia.

Pertemuan kali ini melakar hala tuju hubungan dua negara itu pada masa akan datang.

Hubungan Beijing-Washington kini berada di persimpangan. Dalam konteks ini, perbincangan dua pemimpin tersebut begitu penting bagi China dan AS mengurangkan salah faham dan meningkatkan komunikasi dan kolaborasi.

Biden semasa berada di tengah pertemuan itu menyifatkan hubungan AS-China sebagai tidak boleh dicelarukan.

Beliau berjanji tidak akan mengubah sistem China atau menentang China menerusi pengukuhan ikatan sekutu, serta tiada niat untuk berkonflik dengan China, selain tidak menyokong cubaan "kemerdekaan Taiwan".

Negara itu diharap supaya cakap serupa bikin dan bertindak secara praktikal sehingga memenangi kepercayaan rakyat China malah masyarakat antarabangsa.

Xi mengibaratkan China dan AS sebagai dua kapal gergasi yang belayar di lautan.

Adalah penting bagi kedua-dua pihak memegang kuat bam kemudi supaya kapal tersebut dapat membelah ombak dan maju ke hadapan bersama-sama, tanpa kehilangan arah atau kelajuan serta tidak berlanggaran.

Aspirasi dunia bahawa China dan AS perlu memperkasakan komunikasi dan kolaborasi, masing-masing mengendalikan hal ehwal dalam negeri sendiri dengan baik, di samping menggalas tanggungjawab antarabangsa.

董筱娉