Kemasukan FDI di China Diunjur Naik Dua Digit

2021-11-18 17:13:53  CRI
Share with:

Kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) di  China terus mencatatkan peningkatan pesat sejak awal tahun ini, menurut Kementerian Perdagangan.

Jurucakapnya, Shu Jueting dalam sidang media hari ini berkata, prestasi itu adalah lebih baik daripada jangkaan.

Dari Januari hingga Oktober, jumlah penggunaan sebenar pelaburan asing di China mencecah RMB943.15 bilion (RM618.13 bilion), meningkat 17.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. 

Antaranya, FDI yang digunakan dalam sektor perkhidmatan direkod sebanyak RMB752.52 bilion (RM493.19 bilion), menokok 20.3 peratus.

Menurut Shu, jumlah FDI yang diterima China sepanjang tahun diunjur meningkat pada kadar dua digit, dan sasaran memantapkan pelaburan asing bagi tahun ini mampu dicapai.

梁靓