Nampaknya netizen China dah berjaya ‘kantoikan’ modus operandi Barat yang ingin menjatuhkan 5G Huawei.
Nak tahu apa jadi? Baru-baru ini, netizen China perasan bahawa sekiranya ada sebarang hantaran mengenai 5G Huawei dimuat naik di Twitter, ia pasti akan mengundang pelbagai komen yang buruk.
Perbezaan pandangan itu biasa dan kita raikan, atau bahaskan. Tapi yang pelik, ragamnya kali ini memang luar biasa.
Jadi, apa yang mereka (netizen China) buat, mereka membuat hantaran yang tidak berkaitan dengan Huawei, tetapi pada masa sama mereka letak juga perkataan mandarin “华”dan “为”atau 5G.
Misalnya “saya suka guna ubat gigi jenamaTionghua (中华) untuk(为了)melindungi gigi. 5g sudah cukup untuk keperluan seminggu.” Tiba-tiba, muncul pula komen seperti “5G Huawei kurang baik, saya telah membeli telefon bimbit Huawei, cepat rosak.”
Jelas, yang jawab kepada hantaran itu semua adalah akaun robot atau cybertrooper di platform media sosial Barat yang khusus menghitamkan Huawei dan apa jua berita dari China.
Maklumat yang tidak benar akan menipu netizen. Oleh itu, penentusahan atau ‘verification’ isi kandungan dalam media sosial diperlukan di apa jua negara.
Contoh yang lebih ekstrem, hasutan yang tersebar di media sosial Barat telah mengekorkan serangan terhadap “The Hill”.
Selepas itu, akaun Presiden AS pada masa itu Donald Trump pula disekat. Ini bukan saja penentusahan terhadap isi kandungan hantaran media sosial, tapi pemeriksaan terhadap identiti pengguna.
Tak kiralah sama ada individu itu Presiden sekali pun, ia tidak berhak untuk bersuara sewenang-wenang apatah lagi menipu.
Syarikat media sosial Barat pernah menutup sejumlah besar akaun yang memuat naik hantaran menyebelah China dan menyifatkan mereka akaun robot.
Tapi, akaun menghitamkan China yang jelas cybertrooper pula dibiarkan, atau mungkin yang mendalangi akaun-akaun tersebut, kan?
Internet menyambungkan pelbagai negara, meskipun ia tiada sempadan, tapi operasinya di pelbagai negara patut mematuhi kedaulatan dan undang-undang tempatan.
Selain itu tidak patut diletakkan sekatan lagi.
Sayang sekali, kesalinghubungan internet kini menghadapi sekatan oleh sesetengah negara.
Dunia siber kelihatan akan terpecah menjadi jaringan yang menggunakan 5G Huawei dan 5G Barat dengan alasan “keselamatan negara”.
Konsep “Metaverse” kini menjadi popular, tapi berikutan perkembangan situasi buat masa ini, “universal” ini terpecah sebelum ia lahir.
Metaverse yang diperlukan adalah yang menghormati kedaulatan, memelihara kedamaian dan keselamatan, menggalakkan keterbukaan dan kerjasama, serta beroperasi berdasarkan undang-undang.