Isu Pelarian dan Daging Lembu, Cermin “Kecerdikan” Barat

2021-11-18 14:58:16  CRI
Share with:

Isu Pelarian dan Daging Lembu, Cermin “Kecerdikan” Barat_fororder_255453736_3006555269561164_5656701363403769276_n

Satria pernah menonton temuramah terhadap penduduk Sweden mengenai pandangan mereka tentang isu pelarian yang semakin banyak ke negara itu. Semua orang yang diwawancara menyatakan sokongan dan dengan santunnya berkata bahawa keluarga mereka bersedia menerima pelarian kanak-kanak.

Tapi, ketika wartawan memanggil keluar seorang pelarian namanya Ali Abu Bakar dan minta bantuan, kesemuanya segera menolak dengan alasan, “Esok saya akan ke bandar lain.” “Maaf, rumah tiada bilik kosong lagi.” “Maaf, anak sedang sakit.”

Ya. Itulah realiti dan ia sebenarnya juga memperlihatkan sikap sebahagian negara Barat terhadap banyak isu sensitif antarabangsa, seperti pelarian, kawalan pemanasan global dan lain-lain.

Hari-hari mereka ratib tentang hak itu, hak ini, seolah-olah nak mencerminkan mereka bermoral tinggi. Namun, hakikatnya apa yang dicanang-canang itu hanyalah sekadar cakap kosong dan mereka tidak mahu terlibat pun dalam memberi bantuan.

Kini, terdapat ribuan pelarian dari Asia Barat tersekat di sempadan Belarus dan Poland. Kampung halaman mereka telah dihancurkan dalam perang yang tercetus oleh negara Barat, dan mereka terpaksa melarikan diri ke Eropah untuk mendapat perlindungan.

Tapi kali ini, mereka ditolak mentah-mentah oleh Poland. Tentera Poland mengawal ketat sempadan Kesatuan Eropah biarkan para pelarian menderita walaupun dalam keadaan cuaca sejuk dan kekurangan makanan minuman.

Manakala, bagi para pelarian yang sudah memasuki Eropah, pelbagai negara yang “belas kasihan” juga kelihatan ada operasi di bawah meja.

Britian baru-baru ini memarahi Perancis menggunakan kumpulan penyeludupan menghantar para pelarian ke negara itu. Berdasarkan statistik pihak Britain, tahun ini telah terdapat kira-kira 20 ribu hingga 30 ribu pelarian datang dari Perancis, meningkat beberapa kali ganda berbanding tahun lalu.

Sikap yang sama juga kelihatan dalam masalah kawalan pemanasan global.

Didalangi pihak tertentu, satu cerita pernah tular di media sosial China, iaitu orang China banyak makan daging hingga hutan tropika Amazon dihancurkan di Brazil.

Jalan ceritanya, Brazil menghancurkan hutan tropika Amazon untuk mempelihara lembu dan mematuhi keperluan daging yang besar dari China.

Kononnya orang China makan daging hingga hutan tropika dihancurkan dan mengekorkan pemanasan global.

Adakah ini benar? Satria amat risau sebab hidup di Beijing sebagai metrolis di China, dan Satria sedang bersenam untuk menambah otot. Oleh itu Satria boleh dikatakan antara golongan yang makan daging lembu paling banyak di China.

Tapi daging lembu antara daging yang paling mahal di China. Dengan kemampuan Satria pun hanya makan daging lembu sekali seminggu. Biasanya hanya makan daging ayam untuk menambah otot.

Dalam masakan China, daging biasanya dipotong menjadi kecil dan digoreng dengan sayur-sayuran lain untuk sekeluarga. Tapi di AS dan negara Barat, stik merupakan makanan utama mereka dan ianya dihidang setiap orang satu.

Dalam carian yang Satria dapati, dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu, daging lembu yang dimakan oleh individu di AS secara per kapita mencatat kira-kira 27 kilogram setahun. Manakala jumlah ini di China hanya mencatat 6 kilogram.

Satu hakikat yang lucu tapi perlu Satria tegaskan, pemeliharaan lembu akan mengeluarkan banyak gas metana, sejenis gas rumah hijau penting yang menyumbang kepada pemanasan global.

Manakala 25% pelepasan gas metana datang dari pembuangan angin lembu. Jumlah ini juga menduduki 6% daripada pelepasan gas rumah hijau global!

Sudah jelas, bukan orang China, tapi orang Barat yang mampu memberi sumbangan mengurangkan penggunaan daging lembu supaya mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

Tapi apa sikap Barat?

Ketika diwawancara oleh BBC mengenai topik ini, Utusan Perubahan Iklim AS John Kerry menyatakan bahawa “Kita tak perlu mengubah gaya kehidupan yang berkualiti tinggi untuk mencapai sasaran tertentu, itulah kecerdikan kita”.

Benar, itulah adalah ‘kecerdikan’ AS dan Barat, iaitu mewujudkan masalah yang kemudiannya jadi tanggungjawab negara lain diselesaikan, dan tak kira apa pun yang berlaku, termasuk gaya kehidupan mereka langsung tak boleh diusik.

Itulah apa yang dikatakan “demokrasi” gaya Barat!

张弘