China Sumbang bagi Pertumbuhan Hutan di Asia Pasifik

2021-11-19 13:18:55  CRI
Share with:

Keluasan hutan di rantau Asia Pasifik direkodkan meningkat 27.9 juta hektar pada tahun 2007 hingga 2020, sekali gus melebihi sasaran Matlamat Perhutanan Sydney.

Dalam tempoh itu, China turut menyumbang 26.5 juta hektar, sehingga menggalakkan pemulihan dan pengoperasian lestari perhutanan serantau.

Untuk rekod, Mesyuarat Menteri-Menteri APEC pada 2007 menetapkan matlamat dalam Deklarasi Pemimpin APEC mengenai Perubahan Iklim, Keselamatan Tenaga dan Pembangunan Bersih untuk menyaksikan pertumbuhan hutan seluas 20 juta hektar menjelang 2020.

高蕾