Mungkir Janji, Lithuania Nescaya Telan Padah

2021-11-19 16:41:08  CRI
Share with:

Kerajaan Lithuania memberi persetujuan kepada penubuhan "pejabat perwakilan" Taiwan di negara itu tanpa mempedulikan bantahan keras pihak China.

Amalan yang melanggar prinsip satu China itu turut mencampuri urusan dalaman China, selain membelakangi janji politik semasa penjalinan hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Sehubungan dengan itu, China bakal mengambil segala tindakan yang perlu bagi mempertahankan kedaulatan negara dan keutuhan wilayah.

Menurut pengumuman yang dimeterai kedua-dua negara ketika menjalinkan hubungan diplomatik pada 1991, Lithuania mengiktiraf kerajaan Republik Rakyat China sebagai satu-satunya kerajaan sah yang mewakili China, dan Taiwan merupakan sebahagian wilayah yang tidak boleh dipisahkan dari China. Di samping itu, Lithuania juga berjanji tidak akan menjalinkan hubungan rasmi dengan Taiwan.

Prinsip asas tersebut dilanggar apabila Lithuania memberi persetujuan terhadap penubuhan "pejabat perwakilan" pihak berkuasa Taiwan di Vilnius pada Julai. Sehubungan dengan itu, China telah memanggil balik duta besar di Lithuania, di samping menuntut negara itu membetulkan tindakan yang salah.

Namun, Lithuania berdegil mencetuskan provokasi yang berbahaya dengan melanggar prinsip satu China secara terang-terangan.

Perkara ini juga memperlihatkan dengan nyata visi strategik tokoh politik Lithuania yang amat terbatas.

Lithuania mesti membetulkan keputusan yang salah. Kedegilannya dalam mencabar prinsip satu China nescaya mengundang padah teruk kepada diri sendiri.

Iltizam teguh serta kemampuan China dalam mempertahankan kedaulatan negara tidak boleh dipandang rendah oleh sesiapa pun.

张哲