“Akta Hubungan Taiwan" Tak Sah

2021-11-19 15:19:36  CRI
Share with:

“Akta Hubungan Taiwan" yang diluluskan Amerika Syarikat (AS) membelakangi prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS.

Jurucakap Kementerian Luar Zhao Lijian menegaskan, akta yang tidak sah itu jelas menunjukkan sikap AS yang mendahulukan undang-undang domestik daripada kewajipan antarabangsa.

Rabu lalu, Penasihat Kanan Keselamatan Siber di Majlis Keselamatan Nasional AS, Anne Neuberger yang sedang melawat Jepun mendakwa negaranya akan menawarkan sokongan kepada pertahanan Taiwan termasuk keselamatan siber berpandukan akta tersebut.

Sehubungan itu, Zhao menggesa AS supaya mematuhi prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama, dan mengendalikan isu berkenaan dengan berhati-hati.

“Apa yang benar-benar menjejaskan hubungan antara kedua-dua pantai Selat Taiwan adalah puak pemisah serta campur tangan kuasa luar", kata Zhao.

Tambah beliau, China sentiasa menentang keras dan giat membanteras serangan siber dalam apa jua bentuk.

AS yang merupakan “empayar penggodam” terbesar di dunia, perlulah menghentikan perbuatan yang menghasut konfrontasi di Selat Taiwan bagi mengelakkan hubungan China-AS daripada terjejas.

周乔西