Langgar Prinsip Satu China, Lithuania Dikecam Keras

2021-11-20 12:58:29  CRI
Share with:

Lithuania nescaya menerima padah daripada tindakan membenarkan penubuhan "pejabat perwakilan" Taiwan di negara itu, kata jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang media pada Jumaat.

Jurucakap itu menyifatkan tindakan Lithuania sebagai melanggar prinsip satu China secara terang-terangan dan mencampuri urusan dalaman China.

Beliau berkata, China membantah keras tindakan Lithuania tersebut, dan bakal mengambil segala tindakan yang perlu untuk mempertahankan kedaulatan negara dan keutuhan wilayah.

张哲