China Penting dalam Pembangunan Semula Afghanistan

2021-11-21 14:12:52  CRI
Share with:

Kerajaan sementara Taliban Afghanistan berhasrat untuk menggerakkan aktiviti perdagangan dengan China, dan menjalin hubungan baik dengan negara lain berasaskan saling hormat.

Demikian ujar Pemangku Menteri Luar, Amir Khan Muttaqi ketika mengikuti wawancara eksklusif bersama pemberita Kumpulan Media China (CMG), baru-baru ini.

Muttaqi berkata, selaku jiran negaranya, China maju dalam perindustrian dengan ekonomi bertumbuh pesat. Sejak sekian lama, dua negara itu mengekalkan hubungan baik sesama tetangga.

Menurut beliau, China boleh memainkan peranan penting dalam proses pembangunan semula Afghanistan.

董筱娉