BRI Janji Manfaat Melimpah kepada Dunia

2021-11-21 16:17:34  CRI
Share with:

“E-dagang Jalan Sutera” yang berkembang secara dinamik kini membawa manfaat melimpah-ruah kepada rakyat di negara-negara terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Menerusi sebuah platform e-dagang utama Asia Tenggara, kira-kira 800 ribu jenama dan peniaga Thailand dapat terus mempromosi barangan mereka kepada pengguna China sempena pesta beli-belah “11 November” tahun ini, sekali gus memperoleh jualan yang bertambah sekali ganda berbanding tahun lalu.

Semasa berucap dalam simposium ketiga mengenai BRI yang diadakan di Beijing Jumaat lalu, Presiden Xi Jinping telah menekankan beberapa matlamat yang perlu diutamakan dalam pembangunan berkualiti BRI, termasuk membawa manfaat kepada kehidupan rakyat. Ia juga selaras dengan matlamat asal BRI yang disarankan pada lapan tahun lalu.

Pelbagai usaha sama berorientasikan BRI telah berjaya dilaksanakan hingga membawa manfaat kepada negara serantau.  Ini juga dapat dilihat menerusi beberapa program kerjasama penting termasuk Koridor Ekonomi China-Pakistan, Koridor Ekonomi China-Mongolia-Rusia dan Landasan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Jakarta-Bandung.

Berdasarkan pengalaman diperoleh dalam lapan tahun lalu, China komited memajukan pembangunan BRI yang lebih berkualiti, di samping memberikan tumpuan kepada kerjasama yang selaras dengan keperluan semasa, termasuk memperluas skop perdagangan dengan negara jiran, menggalakkan pengimportan lebih banyak barangan berkualiti serta memajukan “e-dagang Jalan Sutera”.

Sebagai produk awam antarabangsa yang dialu-alukan dunia, BRI juga menjadi simbolik kepada keterbukaan China dan pembangunan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Selain itu, BRI dijangka akan membantu 7.6 juta rakyat di seluruh dunia keluar dari belenggu kemiskinan tegar menjelang 2030.

张哲