Harga Ayam Belanda yang Melonjak, Amaran kepada Washington

2021-11-25 13:24:00  CRI
Share with:

Harga Ayam Belanda yang Melonjak, Amaran kepada Washington_fororder_webwxgetmsgimg (1)

Hari Pernyataan Terima Kasih (Thanksgiving Day) terjatuh pada Khamis waktu tempatan Amerika Syarikat (AS). Pertemuan sesama sekelurga dan bersama-sama memakan ayam belanda merupakan satu kebiasaan dalam pesta itu. Menurut data daripada Jabatan Pertanian AS, seekor ayam belanda beku seberat lapan hingga enam belas paun dijual pada harga borong USD1.35 (RM5.7 )sepaun, meningkat 21.% berbanding tahun lalu.

Hidangan yang mahal pada hari bersyukur hati itu hanya satu cerminan bagi penduduk AS yang sedang mengalami pengaruh besar daripada harga barangan yang meningkat dengan mendadak, yang melibatkan pelbagai jenis produk daripada makanan,barangan runcit ke sumber tenaga dan automobil. Data berkenaan menunjukkan, kadar inflasi AS pada bulan Oktober sudah mencipta rekod baharu dalam 31 tahun yang lalu.

Kerajaan AS sebelum ini pernah melancarkan rancangan perangsangan ekonomi yang bernilai beberapa trilion dolar Amerika yang sememangnya dapat merangsangkan penggunaan, namun kecuaiannya dalam melawan wabak COVID-19 telah melambatkan pemulihan pasaran tenaga pekerjaan. Serentak itu, dipengaruhi penularan wabak dalam senario global, pengoperasian rantai bekalan tidak begitu lancar. Tambahan pula Rizab Persekutuan (Fed)lambat mengambil langkah mengetat sehingga mencetuskan inflasi yang kekal meningkat dan risiko jangka masa panjang terus bertambah.Selain itu, kerajaan AS penggal sekarang  meneruskan pelaksanaan dasar penggal lalu tentang pemungutan tarif tinggi terhadap produk China, juga merupakan antara faktor yang mengakibatkan melambungnya harga barangan.  

Harga Ayam Belanda yang Melonjak, Amaran kepada Washington_fororder_webwxgetmsgimg

Berdepan situasi tersebut, AS sepatutnya mengambil dasar mata wang yang berkaitan lebih rapat dengan tangungjawabnya di samping memilih bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk menyelaraskan langkah kesihatan awam dan mendorong pemulihan pengedaran pasaran sejagat.

Para politikus AS digesa mengetepikan kepentingan politik sendiri, bertindak untuk mengawal wabak COVID-19 dengan sebaik mungkin dan mengambil dasar yang selaras dengan kepentingan rakyatnya dan juga tanggungjawabnya dalam masyarakat antarabangsa.

曹捷