China Berhak Ambil Tindakan Balas terhadap AS

2021-11-26 16:00:21  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) selalu membuat generalisasi terhadap konsep keselamatan negara, dan menggunakan kuasa negara dengan sewenang-wenangnya untuk mencabuli syarikat China. Ini telah menjejaskan serius kepentingan syarikat China, merosakkan dengan sewenang-wenangnya order ekonomi dan perdagangan antarabangsa dan peraturan perdagangan bebas, bahkan membawa ancaman besar terhadap rantai industri dan rantai bekalan sejagat. Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang media semalam.

Menyentuh pihak AS memasukkan 12 buah entiti dan individu China dalam senarai pengguna ketenteraan, Zhao menyatakan bahawa China menentang langkah AS berkenaan dan menuntut AS membetulkan kesalahannya dengan segera. China berhak mengambil tindakan balas terhadap AS dan akan mengambil segala tindakan yang wajar untuk memelihara hak dan pentingan yang sah milik syarikat domestik. 

曹捷