Kertas Putih Kerjasama China-Afrika Era Baharu Diumumkan

2021-11-26 11:42:57  CRI
Share with:

Kertas Putih Kerjasama China-Afrika Era Baharu Diumumkan_fororder_20211126095959888

Kertas putih “Kerjasama China-Afrika Era Baharu” diumumkan pejabat penerangan Dewan Negara China semalam.

Kertas putih tersebut kira-kira 21 ribu perkataan terdiri daripada tiga bahagian. Antaranya, Karangan utama pula dibahagikan kepada empat segmen, iaitu membina komuniti berkongsi nasib sesama China-Afrika yang lebih padu, terus meneroka kerjasama pelbagai bidang China-Afrika pada era baharu, terus saling memberikan sokongan yang kukuh, dan berusaha bersama-sama membuka lembaran baharu dalam hubungan China-Afrika.

Menurut kertas putih tersebut, China merupakan negara membangun yang terbesar di dunia ini, manakala Afrika pula benua paling banyak negara-negara membangun. Bersatupadu dengan negara Afrika melakukan kerjasama dianggap batu asas penting dalam diplomasi China, malah pilihan strategik China untuk jangka masa yang panjang. Kertas putih tersebut diumumkan untuk memperkenalkan pencapaian kerjasama China-Afrika pada era baharu di samping menghuraikan prospek kerjasama kedua-dua pihak.

张宪