Landasan kereta api China-Laos dilihat mampu membantu Laos merealisasikan impian strategiknya untuk menjadi negara yang terkandung dalam rangkaian pengangkutan serantau. Ini amat signifikan dalam usaha Laos mendorong pembangunan negaranya memasuki era baharu serta memperjuangkankan matlamat pembasmian kemiskinan menurut jadualnya. Demikian dinyatakan Menteri Projek Awam dan Pengangkutan Laos, Viengsavat Siphandon ketika bertemu bual dengan wartawan Kumpulan Media China (CMG) pada saat menjelang operasi rasmi Landasan Kereta Api China-Laos.
Menurut Viengsavat, landasan kereta api yang dinanti-nantikan oleh Laos tersebut merupakan projek ikon dalam penyelarasan strategi pembangunan negara Laos dengan pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) anjuran China.
Satu era baharu akan bermula dalam perdagangan Laos-China melalui operasi landasan tersebut, yang juga dipercayai mampu menyediakan peluang pekerjaan dan membawa faedah kepada kehidupan rakyat. Pada masa depan, melalui akses dengan landasan China-Thailand dan Pan-Asia, Laos dapat disambung dengan pelbagai bandar pelabuhan di Asia Tenggara dan terus dapat memasuki lebih banyak pasaran serta menyuntik momentum kepada hubungan ekonomi dan perdagangan dengan negara jiran serta negara-negara yang terlibat dalam pelaksanaan BRI .
Naib Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan Laos, Ounthouang Khaophan ketika diwawancara oleh wartawan Kumpulan Media China (CMG) menyatakan, pengangkutan antara kedua-dua negara Laos-China akan menjadi lebih mudah dengan adanya landasan kereta api yang bakal beroperasi itu, yang dilihat boleh membantu menarik lebih ramai pelancong China sekali gus mendorong pembangunan sosioekonomi tempatan.