Kerjasama China-Afrika yang Kukuh

2021-11-27 14:36:31  CRI
Share with:

Kerajaan China mengeluarkan kertas putih “Kerjasama China-Afrika Era Baharu” semalam, yang mengimbas kembali dengan menyeluruh hasil yang melimpah yang tercapai dalam kerjasama China-Afrika.

Contohnya dalam usaha melawan wabak COVID-19, pada saat yang paling sulit bagi China, terdapat negara Afrika yang ekonominya hanya berada dalam keadaan lumayan sahaja, sudi menderma wang dan barangan kepada China. Selepas wabak melanda Afrika, China pula segera menghulurkan bantuan antaranya bekalan vaksin kira-kira 200 juta dos serta mengumumkan untuk mengecualikan hutang pinjaman tanpa faedah 15 negara Afrika yang tamat pada penghujung tahun 2020.

Di bawah kerangka pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), China tidak pernah berhenti dalam membantu negara Afrika untuk menaiktarafkan infrastruktur yang dilihat penting dalam peningkatan kemampuan pembangunan tempatan secara berdikari. Antaranya, landasan kereta api yang baharu dibina atau ditambahbaik melebihi 10 ribu kilometer, jalan raya hampir 100 ribu kilometer, jambatan hampir seribu buah, pelabuhan hampir seratus, jaringan utama telekomunikasi 150 ribu kilometer, dan perkhidmatan siber merangkumi 700 juta terminal pengguna.

Pada masa yang sama, dalam bidang baharu termasuk ekonomi digital, penerbangan angkasa lepas dan sumber bersih, China bukan sahaja membantu Afrika mendidik bakat sains dan teknologi tempatan, tetapi juga menjalankan kerjasama dengan negara Afrika dalam bidang pencegahan dan pengurangan bencana, navigasi satelit dan pertanian.

Menurut maklumat berkenaan, dalam Sidang Peringkat Menteri Forum Kerjasama China-Afrika bakal diadakan pada minggu depan, China akan mengumumkan langkah-langkah penting bagi mendorong kerjasama dengan Afrika untuk tempoh tiga tahun akan datang yang dipercayai akan menjadikan lebih ramai rakyat relevan dalam kerjasama bilateral. Kerjasama China-Afrika bukan main kukuhnya di sebalik situasi antarabangsa yang berubah-ubah

曹捷