AS Tidak Layak Bicarakan Demokrasi

2021-11-30 15:09:13  CRI
Share with:

AS Tidak Layak Bicarakan Demokrasi_fororder_微信图片_20211130150754

“Peperangan dan pergolakan yang sering berlaku di dunia bukti yang jelas kepada tindakan mempromosi ‘demokrasi’ dan mengenakan sistem dan nilai sendiri ke atas negara lain menjejaskan dengan serius keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau dan antarabangsa.”

Demikian pandangan dalam rencana yang ditulis bersama Duta besar China dan Rusia dalam majalah The National Interest Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini sebagai suara yang membantah dengan tegas “sidang kemuncak demokrasi” anjuran AS yang akan diadakan tidak lama lagi. Rencana tersebut turut mengundang perhatian yang meluas daripada media antarabangsa.

Ironinya AS yang sentiasa menggembar-gemburkan “demokrasi”sering bertindak membelakangi demokrasi. Setelah Perang Dunia ke-2 berakhir, selain asyik mengamalkan politik berkumpulan dengan bertopengkan "demokrasi", negara tersebut juga selalu menceroboh negara lain dan membunuh orang tidak berdosa secara sembarangan dengan alasan mempromosi “demokrasi”.

Selain itu, AS juga sering mencampuri urusan dalaman negara lain dengan tindakan menyokong perang proksi, menghasut pemberontakan dan pembunuhan serta membekalkan senjata dan melatih kekuatan bersenjata. Campur tangan AS tersebut menjejaskan dengan teruk keamanan masyarakat awam dan keselamatan rakyat di negara-negara terbabit.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, sejumlah politikus AS  bertopengkan lagi  apa yang disebut “demokrasi” untuk mengekang pembangunan China. Dari pengemukaan “strategi Indo-Pasifik” ke pembinaan “Mekanisme Quad” yang disertai oleh AS, Jepun, India dan Australia, dari penggalakkan beberapa negara mengerahkan kapal tentera menjalankan apa yang disebut “pelayaran bebas” di Laut China Selatan dan Selat Taiwan ke penubuhan kerjasama tiga hala antara Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat (AUKUS), AS tetap bertopengkan“demokrasi” untuk menubuhkan kumpulan, menghasut konfrontasi, sekali gus menjadi perosak paling besar bagi kedamaian dan kestabilan di rantau ini.

Demokrasi merupakan nilai sepunya pelbagai negara, tetapi bukan alat politik yang dimanipulasi AS. Washington sama sekali tidak layak membicarakan tentang demokrasi. Apa yang disebut “sidang kemuncak demokrasi” sebenarnya sandiwara. Tipu muslihat AS  yang disifatkan sebagai“demokrasi palsu, hegemoni sebenar”nescaya akan ditolak sebagai sisa dalam sejarah. 

徐国玮