China, Penyumbang Utama Perdagangan Antarabangsa

2021-12-01 14:30:49  CRI
Share with:

China dilihat teguh mempertahankan multilateralisme dan berperanan penting dalam perdagangan dunia sejak menganggotai Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) 20 tahun yang lalu.

Menurut Ketua Pengarang Africa China Economy Magazine, Ikenna Emewu, keanggotaan China dalam WTO bukan sahaja memanfaatkan pembangunan domestik, malah turut  menyumbang besar kepada perdagangan antarabangsa.

Pengamal media senior dari Nigeria itu menyatakan demikian sempena ulang tahun ke-20 keanggotaan China dalam WTO.

Jelas Emewu, dalam tempoh dua dekad itu juga, China dan WTO saling mempengaruhi secara positif yang menyaksikan sumbangan China dalam KDNK dunia meningkat daripada empat peratus pada 2001 kepada 17.4 peratus pada 2020.

"Kini, China menjadi entiti ekonomi kedua terbesar, negara perdagangan barangan terbesar di dunia, dan pengguna modal asing terbesar dalam kalangan negara membangun," ujar beliau lagi.

Emewu turut berpandangan bahawa sebagai rakan dagang terbesar Nigeria, sokongan China untuk mengindustrikan negara-negara Afrika termasuk Nigeria akan membantu negara tersebut menghadapi pasaran dunia dengan lebih baik.

Menyentuh mengenai penambahan industri pembuatan yang juga merupakan sebahagian bantuan China terhadap industrialisasi Afrika, beliau berkata ia bukan sahaja merangsang perdagangan Afrika, tetapi juga memberi impak kepada WTO dan perdagangan global.

梁靓