Rundingan AS-Taliban Amat Behasil

2021-12-01 15:32:26  CRI
Share with:

Jurucakap Kementerian Luar kerajaan sementara Afghanistan menyatakan, rundingan antara kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan Taliban yang berakhir pada Selasa lalu amat berhasil.

Dalam rundingan selama dua hari di Doha, ibu negara Qatar tersebut, perbincangan kedua-dua pihak berfokus kepada isu politik, ekonomi, kesihatan, pendidikan, keselamatan dan hak asasi manusia.

Taliban menuntut AS segera membatalkan perintah pembekuan terhadap aset bank pusat dan sekatan terhadap Afghanistan, mengeluarkan nama anggota Talian daripada senarai pengganas, selain mencantas hubungan antara bantuan kemanusiaan dengan isu politik.

Dalam perkembangan lain, kumpulan teknologi kedua-dua pihak dilaporkan telah mengadakan rundingan tentang isu teknologi berkenaan.

Menurut jurucakap itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan lebih banyak rundingan seumpama ini pada masa akan datang.

徐国玮