China Komited Hulurkan Bantuan Semampu Boleh kepada Saudara Afrika

2021-12-01 15:21:59  CRI
Share with:

China Komited Hulurkan Bantuan Semampu Boleh kepada Saudara Afrika_fororder_588044520

Presiden China, Xi Jinping ketika menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian Persidangan Menteri-Menteri ke-8 Forum Kerjasama China-Afrika(FOCAC) pada Isnin lalu mengemukakan sembilan projek utama untuk meningkatkan koordinasi dengan negara Afrika.

Antaranya projek kesihatan merupakan projek terutama. China berjanji akan menyediakan lagi sebilion dos vaksin kepada Afrika, antaranya 600 juta dos disumbangkan secara percuma, dan 400 juta dos pula akan disediakan melalui pengeluaran bersama syarikat China dan negara Afrika terlibat. China telah menyumbang 200 juta dos vaksin kepada Afrika. Tindakan tersebut membantu menyelesaikan masalah kekurangan vaksin di benua itu.

Di samping itu, sembilan projek utama juga melibatkan sektor membasmi kemiskian dan memberikan manfaat kepada kaum tani, menggalakkan perdagangan,  memacu pelaburan, inovasi digital dan pembangunan mesra alam.  Sembilan projek tersebut menggariskan hala tuju perkembangan kerjasama China-Afrika pada tiga tahun akan datang.

Afrika adalah pentas besar demi kerjasama antarabangsa, bukan gelanggang pertarungan kuasa besar. Sesetengah politikus Barat melaga-lagakan hubungan persahabatan China-Afrika dan mengambinghitamkan bantuan China kepada Afrika. Tetapi helah ini kelihatan sia-sia saja dan tidak masuk akal dalam menghadapi realiti. Pada masa ini, pembinaan landasan kereta api, jambatan, dan sekolah-sekolah di benua Afrika menjadi bukti persahabatan China dan Afrika.

Dari "Sepuluh Rancangan Kerjasama Utama" pada tahun 2015,"Lapan Tindakan Utama" pada tahun 2018 ke "Sembilan Projek Utama"  pada masa ini, hubungan China-Afrika telah berada pada titik permulaan baharu untuk membina komuniti berkongsi nasib China-Afrika pada era baharu.

Menghadapi masa depan, China komited akan berpegang kepada sebarang janji kepada saudara Afrika dengan semampu boleh.

覃淼