Setelah serangan bom berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa di Kabul, Afghanistan pada Ogos lalu, pasukan tentera asing yang diketuai Amerika Syarikat (AS) melancarkan tembakan secara sewenang-wenangan terhadap rakyat jelata. Pasukan tentera AS membunuh orang tidak bersalah secara sembarangan belum dikenakan hukuman setakat ini.
Orang ramai akan bertanya, mengapa politikus AS tidak berani mengizinkan waris mangsa tragedi di Afghanistan itu bersuara dalam “Sidang Kemuncak Demokrasi”?
Senarai negara peserta sidang kali ini yang diumumkan oleh AS tidak mengandungi Afghanistan, negara yang terpaksa mengamalkan “tranformasi demokrasi” dan akhirnya terbengkalai oleh AS.
Hal ini mencerminkan rasa berdosa AS dan membolehkan masyarakat antarabangsa memahami bahawa “demokrasi” yang dipromosi AS di sebarang laut hanyalah selubung untuk menutupi tindakan campur tangan ketenteraan negara itu. Peserta sidang kemuncak yang diundang oleh AS kali ini hanyalah watak sampingan.
Jika betul-betul hendak berbicara tentang demokrasi, AS sepatutnya mengundang waris mangsa tragedi di Kabul untuk menyertai sidang kemuncak kali ini dan membolehkan masyarakat antarabangsa mengetahui apa hasil “tranformasi demokrasi” yang dibawakan kepada Afghanistan selama dua dekad.
Seperti apa yang dikatakan oleh seorang sarjana hak asasi manusia Afghanistan, “Sidang Kemuncak Demokrasi” patut mengundang rakyat Afghanistan. AS tidak berhak merayakan demokrasi dengan menggunakan darah dan kesengsaraan rakyat Afghanistan.
Apa yang disebut “Sidang Kemuncak Demokrasi” anjuran AS sama sekali tidak berkaitan dengan demokrasi. AS membuat penilaian mengikut piawaian demokrasinya, mencetuskan perpecahan dan konfrontasi secara terbuka. Tingkah lakunya memutarbelitkan dan mengkhianati demokrasi.