Lithuania Digesa Betulkan Tindakan Salah dalam Bidang Hak Asasi Manusia

2021-12-02 15:40:06  CRI
Share with:

Lithuania Digesa Betulkan Tindakan Salah dalam Bidang Hak Asasi Manusia_fororder_lithia

“Sidang Kemuncak Demokrasi” anjuran Amerika Syarikat(AS) akan dirasmikan tidak lama lagi. Antara negara peserta yang diumumkan AS, Lithuania yang sedang mengalami krisis kemanusiaan menjadikan sidang itu satu ironi.

Menurut laporan media antarabangsa, pelarian yang terpaksa tidur di ruangan terbuka diserang dan digigit oleh anjing tentera Lithuania pada sebelah malam baru-baru ini dan menjadikan kawasan sempadan Lithuania dengan Belarus neraka dunia. Pihak Belarus juga mengesahkan dua jenazah pelarian telah ditemukan.

Dilaporkan lagi,  seorang pelarian yang hamil selama tujuh bulan diheret oleh pihak berkuasa Lithuania ke kawasan sempadan dengan Belarus dan terbuang di padang rumput.

Sebenarnya, kesemua kegiatan maksiat oleh Lithuania yang menggemparkan masyarakat antarabanga itu hanya sebahagian kecil daripada rekod pencabulan hak asasi manusia negara itu.

Sehingga sekarang, diskriminasi serius dan pencabulan yang kasar terhadap hak kaum Yahudi dan beberapa etnik minoriti tetap wujud di Lithuania dalam bidang perubatan, perjalanan dan lain-lain.

“Penjara Hitam” yang ditubuhkan bersama oleh Lithuania dengan Agensi Perisikan Pusat(CIA) AS mencabuli hak asasi manusia dengan penganiayaan sengaja dan penyalahgunakan kekerasan terhadap bantuan.

Mana boleh sebuah negara yang melanggar “Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah” serta fasal dan seksyen undang-undang hak asasi antarabangsa mengangkat  diri sebagai “penjaga demokrasi”? Malah menuding jari kepada  keadaan hak asasi manusia di negara lain ? 

AS, Lithuania dan negara berkenaan yang menyertai "Sidang kemuncak Demokrasi" terbukti mempunyai banyak rekod buruk dalam bidang  hak asasi manusia, dan menjadikan sidang itu sandiwara politik.

胡星