PKC, Parti Rusia Bersatu Tingkatkan Kerjasama

2021-12-02 11:40:54  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping melahirkan harapan agar Parti Komunis China (PKC) dengan Parti Rusia Bersatu mempergiat interaksi dan kerjasama bagi menyumbang kepada peningkatan hubungan China-Rusia pada era baharu dan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Dalam perutusan tahniah atas sambutan ulang tahun ke-20 Parti Rusia Bersatu Rabu lalu, Presiden Xi menyatakan bahawa tahun ini juga ulang tahun ke-20 hubungan antara PKC dengan Parti Rusia Bersatu.

"Hubungan kedua-dua parti ini terus bergerak ke hadapan dalam dua dekad lalu dan telah memainkan peranan istimewa dalam melaksanakan konsensus penting pemimpin kedua-dua negara, meningkatkan perasaan saling percaya mempercayai kedua-dua pihak dalam bidang politik dan strategik, memperkasa kerjasama komprehensif, selain mengintensifkan penyelarasan strategik antara kedua-dua negara," kata beliau.

覃淼