Xi: China, Laos Berganding Bahu dan Berkongsi Nasib

2021-12-03 19:17:31  CRI
Share with:

Xi: China, Laos Berganding Bahu dan Berkongsi Nasib_fororder_1128129330_16385382489611n

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Laos, Thongloun Sisoulith mengadakan pertemuan menerusi panggilan video hari ini.

Xi berkata, tahun ini ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik China-Laos dan tahun persahabatan kedua-dua negara. 

Xi: China, Laos Berganding Bahu dan Berkongsi Nasib_fororder_1128129330_16385382490401n

“Dalam tempoh enam dekad yang lalu, kita berpegang kepada cita-cita bersama, menaruh keyakinan kepada satu sama lain, tolong-menolong dan berkongsi nasib. Ini sekali gus menjadi kunci kepada hubungan bilateral yang sanggup menempuhi ujian perubahan situasi antarabangsa agar menjadi lebih kukuh dan kekal dinamik.

“Berada pada titik permulaan sejarah baharu, China komited meningkatkan komunikasi strategik dengan Laos, mendorong pembinaan  inisiatif Jalur dan Laluan(BRI) yang berkualiti tinggi serta membina komuniti berkongsi nasib yang kukuh antara kedua-dua negara,” kata Xi.

徐国玮