"Kereta Api Laju China" Realisasikan Impian

2021-12-04 16:45:00  CRI
Share with:

"Kereta Api Laju China" Realisasikan Impian_fororder_keretaapi

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Laos, Thongloun Sisoulith bersama-sama menghadiri majlis pengoperasian landasan kereta api China-Laos menerusi panggilan video pada Jumaat lalu.

Projek landasan kereta api China-Laos merupakan hadiah berharga kepada rakyat Laos dalam kerangka Inisiatif Jalur&Laluan(BRI). Sebelum ini, hanya terdapat satu landasan kereta api yang sepanjang 3.5 kilometer dari Laos ke Thailand di negara tersebut.

Selepas pembinaan selama lima tahun, landasan kereta api China-Laos yang sepanjang 1035 kilometer akan memendekkan masa perjalanan dari Vientiane ke sempadan dengan China kepada tiga jam sahaja berbanding dua hari sebelum ini. Jika bertolak dari bandar Kunming China pada sebelah pagi, pelawat boleh sampai ke Laos pada sebelah petang, sekali gus membantu Laos memasuki zaman kereta api berkelajuan tinggi.  

“Landasan kerata api China-Laos akan memanfaatkan kelebihan Laos daripada segi geografi yang istimewa bagi membantu negara itu berkembang ke arah menjadi sebuah negara membangun,” kata Presiden Laos, Thongloun Sisoulith dalam ucapan beliau sempena menyambut Hari Kebangsaan Laos baru-baru ini.   

Selain memudahkan perjalanan penduduk tempatan, landasan kereta api itu juga membantu menggalakkan penerokaan sumber pelancongan, pertanian, pengairan, proses urbanisasi di sepanjang landasan itu, selain mendorong perkembangan Zon Pembangunan Saysettha Vientiane, Zon Kerjasama Ekonomi Mohan-Boten China-Laos dan taman ekonomi lain di negara itu.

Dalam perkembangan lain,  sebagai seksyen penting dalam landasan keretapi Pan-Asia, landasan keretapi China-Laos juga disifatkan sebagai “kunci emas” bagi menghubungkan negara-negara ASEAN seperti Thailand dan Malaysia, di samping mengintensifkan kerjasama ekonomi di Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN dan sub-serantau Sungai Mekong.

Pada masa akan datang, "kereta api laju China" akan membantu lebih ramai orang menggembara ke dunia luar dengan aspirasi awal China, iaitu menggalakkan pembangunan bersama demi kesejahteraan rakyat.

胡星