Demokrasi di China adalah Demokrasi yang Benar

2021-12-05 16:15:45  CRI
Share with:

Demokrasi di China adalah Demokrasi yang Benar_fororder_微信图片_20211205161422

"Ketika meninjau di banyak kampung China, saya menyaksikan kaum tani membawa bangku dan berkumpul untuk mengadakan perbincangan tentang pembangunan kampung. Mereka selalu berbincang dengan agresif pada permulaan dan berjabat tangan dan bersenyum pada akhirnya. " Inilah gambaran Naib Datuk Bandar Bath Britain, Yukteshwar Kumar tentang amalan demokrasi di China.

Fenomena yang disaksikan oleh Naib Datuk bandar itu disebut sebagai “demokrasi bangku”. Corak demokrasi  peringkat akar umbi tersebut disebut dalam kertas putih “Demokrasi di China” yang diedarkan oleh kerajaan China pada Sabtu lalu.

Kertas putih itu membentangkan konsep, reka bentuk sistem dan praktik yang berjaya bagi demokrasi China dan menegaskan bahawa rakyat menjadi tuan negara merupakan inti pati dan teras demokrasi di negara ini.

Maksud asal demokrasi ialah "pemerintahan rakyat" dan "kedaulatan terletak pada rakyat." Tetapi untuk masa yang lama, negara-negara Barat memutarbelitkan maksud ini dengan menjadikan sistem pilihan raya Barat seperti "seorang, seundi" dan persaingan parti sebagai satu-satunya standard demokrasi.

Amalan demokrasi rakyat seluruh proses China membuktikan terdapat banyak cara untuk mewujudkan demokrasi, dan yang paling sesuai adalah yang terbaik.  Sama ada demokrasi diamalkan di sesebuah negara atau tidak perlu dikenalpastikan dengan sama ada rakyatnya benar-benar menjadi tuan rumah negara atau tidak.

Pemilihan wakil bagi Kongres Rakyat pelbagai peringkat di China melibatkan cara pemilihan langsung dan pemilihan tidak langsung. Antaranya, wakil Kongres Rakyat peringkat kaunti dan mukim yang mempunyai  kadar tertinggi dipilih secara langsung oleh pengundi. Pada masa ini, China sedang menjalani pilihan umum untuk Kongres Rakyat di peringkat kaunti dan mukim yang membabitkan lebih sebilion pengundi yang  turut menjadikannya pemilihan berskala terbesar di dunia.

Di China, semua keputusan perundangan utama dibuat mengikut prosedur, melalui perbincangan demokratik, dan berdasarkan kaedah saintifik dan demokratik.

Sebagai contoh, China menetapkan rancangan pembangunan sosialekonomi setiap lima tahun. Semasa proses penggubalan Rancangan Lima Tahun ke-14 pembangunan sosioekonomi yang mula dilaksanakan pada tahun ini, jabatan berkaitan telah menyusun lebih 1,000 cadangan daripada lebih sejuta mesej netizen dengan tujuan menerima cadangan rakyat sebanyak mungkin.

Seperti yang dinyatakan dalam kertas putih itu, demokrasi yang benar dan baik mestilah menjadikan rakyat sebagai tuan rumah negaranya. Rakyat bukan sahaja berhak mengundi, tetapi juga mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam perbincangan. Mereka boleh mengemukakan kehendak diri sendiri dan merealisasikannya dengan berkesan. Ini bukan sahaja menggalakkan pembangunan negara, tetapi juga dapat berkongsi hasil pembangunan.

Hasil tinjauan yang dijalankan oleh institusi Barat menyaksikan kadar kepuasan rakyat China terhadap kerajaan kekal melebihi 90 peratus setiap tahun. Ini adalah gambaran yang paling benar tentang daya hidup yang kuat demokrasi China.

徐国玮