China dan Malaysia Komited Memperkukuh Perkongsian Strategik Komprehensif

2021-12-05 15:20:04  CRI
Share with:

China dan Malaysia Komited Memperkukuh Perkongsian Strategik Komprehensif_fororder_W020211204626601294813

China dan Malaysia komited memperkukuh perkongsian strategik komprehensif pasca pandemik COVID-19 dan mencapai konsensus meluas tentang kerjasama dalam sektor utama pada fasa seterusnya.

Persetujuan ini dicapai ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Luar China, Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Malaysia, Dato’ Saifuddin Abdullah pada sidang pertama Jawatankuasa Peringkat Tinggi bagi Kerjasama China-Malaysia di Anji, provinsi Zhejiang semalam.

China dan Malaysia Komited Memperkukuh Perkongsian Strategik Komprehensif_fororder_W020211204626601640295

Kedua-dua pihak menegaskan usaha hendaklah dilakukan demi menjalankan kerjasama dan penyelarasan tentang isu utama demi memelihara kepentingan kedua-dua negara, melaksanakan persepakatan yang tercapai dalam Sidang Kemuncak Khas ASEAN-China sempena memperingati ulang tahun ke-30 Hubungan Dialog ASEAN-China, menaiktarafkan rancangan pembangunan perkongsian strategik komprehensif, mempercepat rundingan Kod Tatalaku di Laut China Selatan(CoC) hingga melonjakkan hubungan China-ASEAN ke satu tahap lebih tinggi.

Wang menyatakan bahawa situasi serantau kini berada pada persimpangan baharu.

"China mencadangkan semua negara harus bersatupadu dan bukan berpecah belah, mengambil sikap inklusif dan bukan eksklusif, mewujudkan sama menang dan bukan mengamalkan monopoli, melakukan kerjasama dan bukan berkonfrontasi, memastikan kestabilan dan bukan konflik, selain menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah setiap negara." kata beliau.

Selain itu, semua negara juga dinasihatkan jangan campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain dan mencabar norma asas hubungan antarabangsa. Negara-negara di rantau ini perlu berwaspada dan menentang tindakan yang menjejaskan keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.

覃淼