Afghanistan Terima Lagi Barang Bantuan Kemanusiaan China

2021-12-06 14:19:03  CRI
Share with:

Sekumpulan lagi barang bantuan kemanusiaan yang disumbangkan China selamat tiba di Balkh, Afghanistan.

Pegawai kastam tempatan, Abdul Said ketika ditemui pada Ahad berkata, barang bantuan tersebut telah dihantar ke pelabuhan Hairat, Balkh pada 2 dan 3 Disember lalu sebelum diagihkan kepada penduduk pelbagai tempat negara itu.

Menurut beliau, barang bantuan itu dihantar menggunakan kereta api kargo khas melalui bandar Termez, Uzbekistan yang kemudiannya dihantar terus ke Afghanistan oleh syarikat pengangkutan tempatan.

Selain menzahirkan penghargaan kepada China terhadap barang bantuan itu, Abdul Said turut berkata bahawa masih terdapat 500 tan bekalan bantuan yang sedang dalam perjalanan dan dijangka tiba dalam masa terdekat.

Untuk rekod, sebuah kereta api kargo yang memuatkan barang pengeluaran dan produk penggunaan harian seberat lebih seribu tan telah bertolak dari stesen Wuxi, wilayah Xinjiang dan menuju ke Afghanistan melalui pintu sempadan Khorgos pada 20 November.

Terdahulu pada 29 September, barang bantuan kemanusiaan China kumpulan pertama tiba di Afghanistan dan baru-baru ini pula, Kedutaan Besar China di negara itu turut menyumbangkan bantuan makanan kepada penduduk tempatan.

张宪