Syarikat Transnasional China Semakin Kuat dalam 20 Tahun Akan Datang

2021-12-06 15:42:27  CRI
Share with:

Syarikat Transnasional China Semakin Kuat dalam 20 Tahun Akan Datang_fororder_ulasansatria1206b

"Ini seolah-olah seperti kami menyertai pertandingan bola keranjang dalam Sukan Olimpik, kami tidak boleh cakap yang kami tidak sama tinggi dengan orang Barat dan jaring setinggi 3.05 meter kurang adil. Sebab ini peraturan yang telah diiktiraf antarabangsa dan kalau kami tidak mengikutinya, kami tidak berkelayakan menyertai persaingan antarabangsa."

Demikian dinyatakan oleh Wang Zhile, Ketua Akademi Syarikat Transnasional Abad Baharu Beijing (NAT) ketika menggesa syarikat-syarikat transnasional China berusaha memahami dan mematuhi peraturan antarabangsa sebelum meneroka pasaran antarabangsa.

Dalam perkembangan fasa awal, banyak syarikat China menghadapi cabaran besar kerana kurang memahami peraturan antarabangsa.

Menurut Wang Zhile, dulu pernah ada satu syarikat transnasioal dan lebih 700 buah syarikat cawangannya disenarai hitamkan oleh Bank Dunia kerana kurang faham terhadap peraturannya, ekorannya terdapat kira-kira 2000 syarikat disenarai hitam oleh Bank Dunia pada tahun itu, dan 1000 daripadanya adalah syarikat China.

Ini telah menarik tumpuan kerajaan China untuk membantu dan menggalakkan syarikat China meneroka pasaran antarabangsa dengan mematuhi peraturan antarabangsa.

Ketika menganggotai WTO pada tahun 2001, kerajaan pusat membatalkan atau memindah lebih 2300 peraturan yang tidak bersesuaian dengan peraturan WHO. Manakala jumlah ini mencatat 190 ribu di peringkat kerajaan tempatan China.

Ini telah mencerminkan kerajaan China bersedia menggalakkan syarikat China mematuhi peraturan antarabangsa.

Namun, seiring dengan perkembangan syarikat transnasional China yang menjadi semakin besar, kami juga menghadapi pelbagai sekatan tidak rasional dengan alasan peraturan, misalnya keselamatan negara.

Menurut Wang Zhile, menghadapi keadaan seumpama ini, kerajaan China patut menyediakan sokongan kukuh kepada syarikat supaya menentang peraturan kurang rasional, memelihara kepentingan sendiri yang sah.

Penyatuan peraturan dan standard menjadi sama penting dengan kesalinghubungan infrastruktur dan persefahaman rakyat ketika China menguruskan hubungan dengan dunia.

Menurut beliau, dalam tempoh 20 tahun sejak membuka pintu sehingga China mengganggotai WTO, syarikat transnasional mulai berkembang. Dalam 20 tahun selepas menganggotai WTO, syarikat transnasional China menjadi semakin besar. Manakala dalam 20 tahun akan datang, beliau berharap syarikat transnasional China boleh menjadi kuat dalam persaingan antarabangsa.

王瑾