Demokrasi Ala Amerika Syarikat Terbantut Masalah Kronik

2021-12-06 15:09:03  CRI
Share with:

Sistem demokrasi Amerika Syarikat (AS) adalah hasil daripada amalan negara itu sendiri. Ia memang unik dan tidak universal, serta jauh daripada sempurna.

Ini gambaran landskap demokrasi AS sepertimana yang didedahkan Kementerian Luar China menerusi laporan bertajuk "The State of Democracy in the United States" pada Ahad.

Laporan itu berbunyi, masalah kronik yang terkumpul dari masa ke semasa menyebabkan fungsi sistem demokrasi negara itu surut, malah menyimpang daripada teras dan motivasi asalnya.

Jelas sekali, demokrasi ala Amerika Syarikat "jatuh sakit" sehingga tidak mampu untuk mengelak sidang kemuncak demokrasi dirancangnya daripada menjadi tidak masuk akal di mata dunia.

Demokrasi Ala Amerika Syarikat Terbantut Masalah Kronik_fororder_1206c

Niat asal ahli politik Washington adalah untuk meningkatkan daya tarikan moral lahirnya sistem demokrasi sendiri. Namun, keadaan demokrasi yang semakin buruk itu turut disoroti dengan perhatian dunia, hingga mengundang kritikan pedas.

Pada Sabtu, satu forum antarabangsa bertajuk "Democracy: The Common Value of All Mankind" diadakan di Beijing, yang menyaksikan perbincang lebih lanjut tentang demokrasi.

Ada peserta yang berkata, tiada satu model yang universal untuk demokrasi. Semua negara harus menghormati satu sama lain, mencari titik persamaan sambil mengekalkan perbezaan, dan belajar daripada satu sama lain melalui pertukaran.

Selain itu, adalah perlunya mewujudkan perpaduan daripada perpecahan, menggalakkan kerjasama daripada konfrontasi, serta meningkatkan kesejahteraan rakyat daripada kekacauan.

Ada juga yang bersuara, adakah George Floyd yang dicekik polis hingga mati, menikmati apa yang dikatakan ahli politik negara itu demokrasi dan hak asasi.

AS yang membanggakan dirinya sebagai mercu suar demokrasi, sedang bergelut dengan banyak krisis.

Dalam keadaan sedemikian, usaha ahli politik negara itu untuk mengalihkan konflik domestik dan memulihkan pengaruhnya di persada dunia menerusi sidang kemuncak demokrasi berkenaan, nampaknya menuju ke arah yang bertentangan dan menjadi sia-sia sahaja.

Adalah jelas bahawa wujudnya banyak kelemahan dalam sistem demokrasi AS serta kelakuannya bersifat menindas dan membendung negara lain atas nama demokrasi.

董筱娉