BRI Platform Untuk Jayakan Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan

2021-12-06 15:39:47  CRI
Share with:

BRI Platform Untuk Jayakan Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan_fororder_ulasansatria1206a

Antara kesemua landasan kereta api yang dibina oleh China di seberang laut, 1/5 daripadanya dijalankan oleh China Rail Way 20th Bureau Group (CR20G)!

Demikian dinyatakan dalam nada yang bangga oleh Pengerusi Lembaga Syarikat No.5 CR20G, Zhang Yunlong.

Untuk rekod, terdapat banyak projek dijalankan oleh Syarikat No.5 CR20G yang mendapat sambutan baik di negara-negara Asia dan Afrika, misalnya landasan kereta api Benguela di Angola dan Jambatan Yarmag di Ulaanbaatar, Mongol.

Menurut Zhang Yunlong, tamadun China berasal dari "laluan". Maharaja pertama dalam tamadun China adalah "轩辕”, dan namanya berkaitan dengan kenderaan dan laluan.

Orang China selalu berkata, kalau nak menjadi kaya, pastikan laluan lancar terlebih dulu.

Pada zaman purba, China meneroka Jalan Sutera dan Jalan Sutera Maritim. Manakala rantau Asia Tenggara juga telah mengeksport lada ke China yang memakmurkan perdagangan serantau.

Kini, China berusaha membantu negara-negara menaiktarafkan kesalinghubungan supaya kemakmuran ini dikongsi oleh lebih ramai penduduk di dunia.

Mengalami pembangunan yang pesat dan kestabilan yang lestari, China menjadi entiti ekonomi kedua terbesar di dunia. Justeru, bagaimana akan berurusan dengan dunia kelak? Yang jelas, jalan yang diambil tidak boleh menjadi Amerika sebagai contoh. Mengapa? Sebab kepakaran merka hanyalah satu sahaja, iaitu memecah-belahkan dunia.

Jadi, langkah yang akan diambil oleh China adalah membangunkan Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan. Kami menghormati perbezaan antara setiap negara dan tamadun, tidak memaksa mereka menerima konsep China, sebaliknya mencari kepentingan bersama supaya maju ke arah yang sama.

Dan, inisiatif "Jalur dan Laluan" merupakan platform untuk menggalakkan inisiatif tersebut.

Bagaimanapun, kesalinghubungan infrastruktur hanya tahap pertama. Untuk peringkat seterusnya, kita (China) juga akan menggalakkan penyatuan standard dan peraturan serantau, dan semua ini untuk mewujudkan persefahaman antara rakyat.

Yang menggembirakan, kita baru menyaksikan landasan kereta api dari China ke Laos yang dirasmikan oleh pemimpin kedua-dua negara kelmarin.

Ini merupakan landasan kereta api moden yang pertama di Laos dan membantu negara dalaman di Asia Tenggara itu berhubungan lebih rapat dengan negara jiran.

Laluan ini diyakin akan menjadi penjana penting bagi Laos untuk memulihkan ekonomi menghadapi pandemik berlarutan.

王瑾