Ada Agenda Geopolitik di Sebalik Sidang Demokrasi

2021-12-07 13:08:25  CRI
Share with:

Sidang kemuncak demokrasi dirancang Amerika Syarikat (AS) merupakan amalan mementingkan diri sendiri dengan tujuan melobi pembentukan sebuah persekutuan dan menghasut perpecahan dan konfrontasi di persada dunia.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang media di Beijing pada Isnin, sebagai respons terhadap tindakan Hungary menolak cadangan negara lain Kesatuan Eropah (EU) yang hendak menyumbang bersama kepada sidang kemuncak tersebut.

Terdahulu, Menteri Luar Hungary, Peter Szijjarto menyifatkan sidang kemuncak AS itu sebagai memperlihatkan ciri-ciri politik domestik negara berkenaan.

Dengan mengiakan kata-kata Szijjarto, Zhao berkata di sebalik slogan yang dilaungkan lantang, adalah amalan membuli AS yang membahagikan dunia kepada pangkat berbeza dan mencereweti sistem demokrasi negara lain.

Beliau menambah, niat sebenar AS adalah untuk meneruskan agenda geopolitiknya menerusi tindakan menswastakan, mempolitikkan, memperalatkan dan mempersenjatai demokrasi.

董筱娉