Tunduk kepada Wang, Mana Ada Demokrasi Sebenar?

2021-12-07 15:44:42  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) bukanlah sebuah negara demokratik kerana ia diperintah oleh orang kaya, kata Felo Institut Penyelidikan Asia, Universiti Kebangsaan Singapura (NUS), Kishore Mahbubani.

Dalam satu temu bual baru-baru ini, beliau berkata pada hakikatnya, di AS, bukan satu rahsia lagi bahawa demokrasi melayani golongan kaya dan kuasa ditawan oleh wang.

Banyak fakta yang menunjukkan wang adalah "pengasuh" politik AS, merangkumi semua aspeknya daripada pilihan raya, perundangan hinggalah tadbir urus negara.

Tunduk kepada Wang, Mana Ada Demokrasi Sebenar?_fororder_微信图片_20211207121554

Tunduk kepada Wang, Mana Ada Demokrasi Sebenar?_fororder_微信图片_20211207121605

Menurut statistik, 91 peratus daripada pemenang pilihan raya Kongres AS terdiri daripada calon yang menerima pembiayaan paling banyak.

Justeru, demokrasi ala AS adalah mainan golongan kaya bersandarkan modal.

Menurut satu laporan melibatkan 163 negara dikeluarkan tahun lepas, hanya tiga negara termasuk AS yang mengalami penurunan Indeks Pembangunan Sosial (SDI) dalam sedekad lalu. Antaranya, SDI negara itu jatuh paling banyak pada keseluruhannya.

Tambahan lagi, kelas pertengahan yang dianggap sebagai tonggak utama AS kini juga berada dalam keadaan makin tertekan.

Nisbah kelas itu susut, lagipun kekayaan isi rumah AS tidak meningkat dalam tempoh hampir 20 tahun yang lalu.

Lebih seabad lalu, Hakim Louis Brandeis di Mahkamah Agung AS pernah mengatakan bahawa sama ada negara itu memiliki demokrasi atau kekayaannya di tangan sebilangan kecil orang, hanyalah ada satu pilihan sahaja.

Tatkala politik wang menjadi "tumor" yang sukar dihapuskan dalam masyarakat AS, adalah ironiknya kerajaan negara itu masih berani menganjurkan apa yang dipanggil "sidang kemuncak demokrasi".

周乔西