Li Keqiang: China Akan Terus Intensifkan Tahap Pintu Terbuka

2021-12-07 13:40:19  CRI
Share with:

Li Keqiang: China Akan Terus Intensifkan Tahap Pintu Terbuka_fororder_1128137657_16388151101611n

Sidang Dialog Meja Bulat “1+6” keenam yang bertemakan, "Mendorong ekonomi sedunia yang lebih kuat, inklusif dan berterusan: Dari Pemulihan hingga Pembinaan Semula" berlangsung di sini, pada Isnin.

Diadakan secara maya, sidang tersebut disertai oleh Perdana Menteri China, Li Keqiang, Presiden Bank Dunia (WB), David Malpass, Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva, Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), Ngozi Okonjo-Iweala, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Guy Ryder, Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), Mathias Cormann dan Pengerusi Majlis Kestabilan Kewangan (FSB), Klaas Knot.

Antara fokus perbincangan adalah termasuk berkaitan pemulihan ekonomi sedunia, pertumbuhan lestari pasca wabak dan kestabilan pembangunan ekonomi China secara mendalam.

Dalam sidang tersebut, Li berkata ekonomi China sudah diintegrasi secara mendalam dengan ekonomi sedunia dan menyatakan bahawa pintu terbuka merupakan pilihan China untuk merealisasikan pembangunan.

Justeru katanya, dasar pintu terbuka akan terus diintensifkan lagi.

Dalam pada itu, ketika menyentuh ulang tahun ke-20 keanganggotaan China di dalam WTO, Li turut menekankan bahawa China berjaya menjadi pasaran import terbesar kedua global selama 12 tahun berturut-turut.

Beliau turut berkata, China juga akan terus memberikan kelonggaran terhadap kemasukan pasaran pelaburan asing.

"Senarai negatif kemasukan pelaburan asing pula sudah dikurangkan sebanyak dua pertiga pada tahun-tahun kebelakangan ini.

"Manakala, senarai edisi terkini bakal diumumkan menjelang penghujung tahun ini," ujar Li lagi.

Selain itu, China juga secara aktif melibatkan diri dalam kerjasama ekonomi serantau seperti mendorong Perjanjian Hubungan Rakan Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) berkuatkuasa pada awal tahun depan.

Berstatus sebagai kawasan perdagangan bebas yang berpopulasi paling tinggi serta besar dari segi skala dan potensi, ia dijangka akan membawa daya motivasi baharu terhadap dasar pintu terbuka dan pemulihan ekonomi serantau.

Menurut Li, China juga berusaha mengaplikasikan peraturan ekonomi perdagangan antarabangsa berstandard tinggi termasuk dengan memohon menyertai Perjanjian Hubungan Rakan Trans-Asia Pasifik Komprehensif dan Kemajuan (CPTPP) serta Perjanjian Hubungan Rakan Ekonomi Digital (DEPA).

张宪