Demokrasi AS: Dilukai Senjata Hingga Sukar Diubati

2021-12-08 15:08:26  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) selalu menjajakan sistem demokrasinya ke sana sini dengan dalih pemeliharaan hak asasi manusia.

Walau bagaimanapun, masalah penyalahgunaan senjata api tidak berkesudahan sehingga mengancam hak asasi setiap warga negara itu, ibarat barah yang sukar disembuhkan.

Angka menunjukkan, dengan jumlah senjata api terbanyak di dunia iaitu kira-kira 393 juta, AS terbantut dengan penguatkuasaan undang-undang yang paling lemah membabitkan penggunaan senjata.

Sementara itu, rakyatnya adalah 25 kali lebih berkemungkinan menjadi mangsa tembakan berbanding rakyat di negara berpendapatan tinggi yang lain.

Dikatakan bahawa hampir setiap orang di AS akan berkenal dengan sekurang-kurangnya seorang mangsa kes bunuh dan tembakan sepanjang hidupnya.

Tidakkah negera itu menggelari dirinya sebagai “suar demokrasi” dan “pembela hak asasi manusia”?

Mengapa ia enggan mengambil iktibar daripada melayangnya begitu banyak nyawa tidak berdosa akibat jenayah keganasan berkaitan senjata api?

Sistem politik dan undang-undang AS sendiri menimbulkan banyak masalah, menjadi penyebab utama yang menghalang kelulusan akta kawalan senjata.

Selain itu, amalan politik wang yang terus berleluasa juga menjadi “barah” yang merosakkan pelulusan akta berkenaan.

Persatuan Raifal Kebangsaan (NRA) merupakan organisasi pemilik senjata terbesar dan kumpulan berkepentingan yang kuat di AS.

Dianggotai sekurang-kurangnya lima juta orang, NRA meluaskan pengaruhnya sehingga ke pilihan raya Presiden, pemilihan Kongres dan juga pelantikan hakim Mahkamah Agung.

Lebih menyedihkan, walaupun sedar kehilangan banyak nyawa dan suara lantang rakyat untuk mengawal senjata, namun ahli politik di negara itu tetap menutup mata dan memekakkan telinga, malah memburukkan lagi keadaan.

Pendek kata, hanya satu masalah berkaitan kawalan senjata, ternyata sekali kelemahan sistem demokrasi AS.

董筱娉