Beijing Kuatkuasakan Undang-undang Khas Pelihara Burung Hijrah

2021-12-08 11:33:09  CRI
Share with:

Beijing Kuatkuasakan Undang-undang Khas Pelihara Burung Hijrah_fororder_hn

Majlis Landskap Perbandaran Beijing bersama-sama 22 jabatan perbandaran tempatan menguatkuasakan undang-undang khas selama empat bulan untuk memelihara burung hijrah dan haiwan liar yang lain.

Dilancarkan pada 1 Disember, difahamkan bahawa ia akan memfokuskan terhadap lima aktiviti kunci iaitu "penangkapan, penjualan, pembelian, pengangkutan dan pemakanan".

Beijing Kuatkuasakan Undang-undang Khas Pelihara Burung Hijrah_fororder_hn2

Selain itu, penguatkuasaan pula akan dilaksanakan mengikut enam aspek iaitu mengintensifkan rondaan pada musim hijrah; membersihkan pasaran dan peniaga haram; menangani pemerdagangan secara spontan; memperhebat penanganan kegiatan yang melanggar perundangan secara dalam talian; memperkasa penyeliaan dalam pengangkutan, pembawaan, dan pengiriman; serta meningkatkan pemeriksaan kargo import eksport.

Untuk rekod, sebanyak 144,000 kakitangan dan 77,000 kenderaan telah dikerahkan ke kawasan rizab semula jadi, kawasan perhutanan milik negara, kawasan pembiakan dan penyinggahan burung hijrah, pasaran spontan serta unit pembiakan buatan.

高蕾