Main Sarkas "Demokrasi", AS Jadi Bahan Ejekan

2021-12-09 14:56:44  CRI
Share with:

Sidang kemuncak demokrasi dirancang Amerika Syarikat (AS) kini menjadi bahan ejekan apabila akhbar Lianhe Zaobao Singapura menyiarkan lukisan kartun yang menyindir agenda tersebut hanya pertunjukan sarkas dimainkan kerajaan negara itu sendiri.

Baru-baru ini, Nathan Law Kwun-chung, seorang suspek terlibat dalam rusuhan Hong Kong mendakwa dirinya dipelawa AS untuk memberi ceramah di sidang berkenaan.

Nathan Law serta penghasut rusuhan lain yang melarikan diri ke seberang laut merupakan yang dikehendaki polis Hong Kong kerana bersabit jenayah mensabotaj keselamatan negara menerusi komplot dengan kuasa asing.

Sungguh mengejutkan, AS sanggup menjemput seorang suspek jenayah sebagai tetamu kehormat.

Ini bukan sekadar mendedahkan niat jahat negara itu untuk melindungi perusuh Hong Kong dan mencampuri hal ehwal dalaman China dengan dalih demokrasi, malah terbongkar hipokrasi dan dwistandard AS dalam amalan demokrasi.

Ibarat kutu, boleh diselisik. Baik menjemput pihak berkuasa Taiwan untuk menyertai "sidang kemuncak demokrasi", mahupun memberikan peluang bersuara kepada suspek jenayah seperti Nathan Law, ternyata sekali konspirasi AS menyekat China dengan mempergunakan isu Taiwan dan Hong Kong.

Tentu sekali, konspirasi AS pasti sia-sia sahaja kerana negara itu tidak pernah benar-benar prihatin terhadap demokrasi dan hak asasi penduduk Hong Kong, yang diperhitungkannya hanyalah kepentingan sendiri.

周乔西