Angkasa Lepas, Indah Bak Filem Fiksyen Sains

2021-12-09 15:08:57  CRI
Share with:

Angkasa Lepas, Indah Bak Filem Fiksyen Sains_fororder_1

Tiga angkasawan yang menyertai misi penerbangsan kapal angkasa lepas Shenzhou-12 bertemu dengan media buat pertama kalinya pada Selasa selepas kembali ke bumi.

Angkasa Lepas, Indah Bak Filem Fiksyen Sains_fororder_6

Untuk rekod, misi penerbangan Shenzhou 12 ialah misi keempat dalam fasa pengujian teknologi utama stesen angkasa China dan juga misi pertama yang membawa angkasawan dalam fasa pembinaan stesen angkasa.

Dalam tempoh tiga bulan, tiga angkasawan iaitu Nie Haisheng, Liu Boming dan Tang Hongbo berjaya menyelesaikan kerja rutin pengurusan modul teras serta ujian dan penyelidikan sains yang lain.

Angkasa Lepas, Indah Bak Filem Fiksyen Sains_fororder_2

Difahamkan, antara aktiviti lain mereka adalah termasuk melakukan dua kali operasi di luar kenderaan yang telah menentusahkan penginapan jangka panjang angkasawan dengan sihat, sistem sokongan hidup dan kitar semula, bekalan bahan keperluan di angkasa lepas, serta penyelenggaraan dalam orbit.

Angkasa Lepas, Indah Bak Filem Fiksyen Sains_fororder_5

Bagi angkasawan Tang Hongbo, beliau ketika menceritakan pengalamannya menyifatkan pemandangan angkasa lepas seumpama filem fiksyen sains.

Angkasa Lepas, Indah Bak Filem Fiksyen Sains_fororder_3

Beliau berkata, ketiga-tiga mereka kerap merakamkan keindahan angkasa dengan kamera dan telefon bimbit selain turut menyatakan bahawa kehidupan di stesen angkasa amat selesa.

Angkasa Lepas, Indah Bak Filem Fiksyen Sains_fororder_7

Angkasa Lepas, Indah Bak Filem Fiksyen Sains_fororder_4

曹捷