CCA dengan FOMCA Capai Persefahaman

2021-12-09 11:59:32  CRI
Share with:

CCA dengan FOMCA Capai Persefahaman_fororder_mou

Persatuan Pengguna China (CCA) dan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) secara maya pada Rabu yang bertujuan untuk memperhebat lagi kerjasama.

Difahamkan, antara aspek yang terlibat dalam MoU tersebut adalah bidang perkongsian maklumat, pertukaran lawatan, kursus dan pembelajaran, terutamanya dalam usaha untuk menangani rungutan oleh pengguna rentas sempadan.

Untuk rekod, seiring dengan pertambahan penggunaan transnasional dalam talian mutakhir ini, pertikaian penggunaan turut semakin meningkat dan telah mewujudkan isu penjagaan hak serta kepentingan pengguna.

Situasi tersebut secara tidak langsung memerlukan kedua-dua pertubuhan terbabit untuk terus menjalankan pemerhatian, menyelidik dan menginovasi mekanisme serta langkah penjagaan pengguna, sekali gus menangani perbalahan rentas sempadan.

CCA dengan FOMCA Capai Persefahaman_fororder_mou2

Pada masa sama, CCA berharap untuk memanfaatkan MoU tersebut untuk memperkasa interaksi dan kerjasama dengan FOMCA serta melindungi kepentingan pengguna antara satu sama lain, di samping menyumbang kepada perkembangan hubungan saling mempercayai dan perdagangan dalam kerangka Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

高蕾